Friday, 31 December 2010

Penghujung yang ada permulaan.



Assalammualaikum.
Hi.



2010 sudah sampai ke penghujungnya. 2011 hampir bermula di garisan permulaannya.
Dah banyak yang aku rasa dan serap tahun ni. Walaupun banyak perkara yang menyebabkan aku tercarut-carut kadang-kadang sedang aku lalui 2010, aku rasa lega sangat aku dah survive daripada semua perkara yang agak bullshit tu. Ada juga yang aku masih sedang lalui sekarang ni. Tapi, takpe aku redha. Masih ada perkara yang boleh diaggap sebagai moment gula-gula kapas ;)


Dimulakan dengan cerita pahit atau payah untuk ditelan dahulu.


Merasa SPM.
Ini bukan perkara yang aku carutkan tu.haha takkan pasal ni je nak mencarut. Nanti nak mencarut pasal benda yang betul-betul patut dicarutkan tak best pulak kan? haha :)


Okay,okay. Sorry, sambung pasal SPM.
How's SPM ? Masa aku ambil SPM ni tak secuak masa aku ambil PMR.
Ada segelintir classmate aku yang tiba-tiba bertukar jadi zombie hidup pada hari pertama SPM. Aku pula? Macam biasa je. Kadang-kadang aku rasa bersalah sebab aku tak cukup cuak.
Ada some papers yang aku happy, and ada some papers yang aku benci. Bila new year dah nak muncul, aku cuak jugak kadang-kadang. Lagi 3 bulan result aku nak keluar weh! :0

Honestly, bila aku dah form 5 baru aku faham most of the stuffs that I should have known masa aku form 4. Aku pun tak tahu kenapa jadi macam tu. Alhamdulillah masa aku form 5 aku dapat pick up yang mana aku patut. Aku tak pasti cukup ke tak. Berserah je lah ye dak? Seksa kecil aku dah selesai. Sekarang aku boleh bernafas selega-leganya buat sementara. 

Ada banyak cerita pahit sebenarnya di sekolah. Tapi tak tertulis. Yang aku tau, aku dah tak perlu merasanya lagi. Legaaaa. Tapi, takziah kepada Bubu kerana dia perlu bersekolah di situ lagi. Be tough Bubu! I do hope you can move from there. I think I'll help you.




Datang dan pergi. Pergi dan jangan datang lagi.
Ini salah satu perkara yang aku pernah carutkan. Tapi semua itu aku lontarkan di dalam hati atau pada masa aku bersendirian sahaja. Nak lontarkan kepada yang sepatutnya aku rasa buang masa sahaja.


Kawan(konon).
Datang dan pergi. 
Datang bila kau sunyi, pergi bila kau sibuk dengan dunia merapu.
Kadang-kadang, ada yang datang lagi bila dah buat benda bangang. 




Mulai 2010 aku mula faham. Aku dah tau sekarang.
Dia yang hilang bila diperlukan dan datang bila dia memerlukan sesuatu itu bukan kawan. 
Tetapi itu lintah hidup. 
Bila kau haus, kau datang. Bila semua dah disedut, kau lesap.
Lebih baik aku appreciate kawan yang akan selalu berada di situ bila diperlukan dan bila tidak diperlukan.
Aku tak patut penat-penat appreciate "kawan" yang suka point out salah dan kelemahan untuk menjatuhkan dan bukan untuk membantu.

Aku dah letih nak mengadap masalah sebesar kuman ni lagi. Hidup aku tak cukup panjang untuk buang masa dalam hal remeh-temeh ni. Aku menyesal dulu aku terlalu cuba nak hold-on to you. Aku silap terlalu fikirkan hati kau.

Aku nak hulurkan kau sehelai nasihat wahai "kawan".
Reti ambil, reti bagi. Reti sapu, reti hulur. Kau faham? It works two ways sistaah.
Dan lagi satu, tolong grow-up wahai "kawan".
Kalau kau nak pergi, kau pergi lah. Kau nak buat-buat tak kenal? Silakan.
Tapi berhenti lah cakap-cakap dan bahasa beremosi kau tu. 
Jangan cuba sakitkan hati orang lain lagi. Lagi lagi orang yang aku sayang nak mampos. 
Tolong sangat. Terima kasih aku ucapkan seikhlas-ikhlasnya.
Okay habis. Aku takkan semakkan masalah ni lagi dekat blog aku. Readers aku pun mungkin akan muak. Maaf my sweet readers. Ni last :)



Drama masih lagi berlangsung.
Drama realiti bukan seperti drama telenovela atau sinetron.
Drama TV selalunya berakhir setelah beberapa bulan ia ditayangkan.
Yang selalunya ada happy ending di penghujungnya. 

Drama realiti aku di rumah akan terus berlangsung mungkin 5/6 tahun lagi. Cerita yang belum tentu happy/sad endingnya. Aku dan mereka hanya perlu bersiap. 
Siap untuk berdiri bila ditolak.
Mengelak bila cuba diterkam. 
Berubat dan cuba memulihkan diri bila tercedera.

Kusut. Drama di rumah masih kusut lagi. 
Kadang-kadang, geram dan letih aku bila terasa hidup aku ini sukar ditelan.  Aku perlu berserah. Tuhan menyediakan pelbagai plan yang lebih baik pada masa akan datang.
Aku perlu sabar untuk menerimanya dengan senyuman. InsyaAllah. Sabar. Aku dan mereka perlu sabar.


   
Habis cerita mencarut. Mari kita teruskan dengan cerita gula-gula kapas aku :D



Kawan sebenar.



Alhamdulillah. Kawan-kawan yang aku sayang habisss masih lagi digelar sebagai kawan aku di akhir 2010 ni. "Kawan" yang mahu pergi membebaskan diri, sudah pun pergi.

Terima kasih sangat ya, my lovely guys and girls yang selalu ada untuk aku bila aku sedang moody/kusut dengan masalah/down. Korang akan sentiasa jadi mesin gelak aku yang paling canggih dan berkesan. Aku memang sayang korang habis-habisan.
Korang memang banyak sangat menyumbang dalam memori gula-gula kapas aku. Memang manis habis sampai semut pun banyak datang :))
* I can't list all of my girl and guy friends. Nanti kalau ada yang tertinggal susah.haha. 
But, I do hope you know who you are okay my super beloved friends!  
 I loveeee all of youuuu! 
Thanks for sticking by me all this time <3



Tahun ni aku dah melepaskan salah satu BFF lama dengan rela sebab dia memang mahu dilepaskan. 
Aku harap hidup BFF lama tu akan tenteram dan tidak akan talk shit anymore pasal hidup orang lain lagi.
Dan aku jumpa satu BFF baru tahun ni yang memanggg aku nak simpan selamanya! :D
Izzo my flizoww, my BFF. He's my first guy bestfriend forever.
Cute little evil kid ni selalu cheer up my day. Tak pernah fail. 
Dia suka kacau aku. Haha rasa macam tengah jaga budak kecik :))
Izzo, jangan grow-up sangat tau. Stay as my evil little kid ! ;)


 

Ahaa! Tahun ni juga tiba-tiba wujud kembar aku yang baru.
Dann Ridd is my version yang male.haha. He's my non-identical twin brother!
We have a lot in common. Dan kadang-kadang it's freaky bila terlalu banyak in common.
Tapi, kalau kita disagree, kita disagree habis-habisan. Tu yang noicee, haha.
Lagi satu, kembar aku ni suka buat aku gelak. Even kadang-kadang dia tak perasan that he's funny sometimes :))
I'm pretty excited dapat kembar baru tahun ni coz he's my first twin who's a guy. Woot ! :D
So, yeah! Aku harap kembar baru ni pun aku boleh simpan forever. Haha XD



Aku tak berapa minat this picture coz I'm a bit selekeh. 
But, this is the only picture kita sempat ambil together :))


Merdeka SPM
Merasa jugak aku merdeka SPM ni. Kan aku dah cakap tadi lega habis aku.
Nanti bila lagi 2/3 minggu result SPM aku nak lahir, aku akan mula cuak balik.
Aku dah plan siap-siap. 
Bila akhirnya hari result SPM seMalaysia sampai, aku akan tutup handphone dan cut segala jenis communication technology yang ada pada hari keramat tu. Confirm dari saudara yang dekat ke saudara yang jauh semuanya tiba-tiba begitu berminat dengan kehidupan aku yang tak berapa interesting semata-mata untuk bertanyakan berapa A aku kumpul. 
Haha, masa tu aku nak bertapa. Tak pasti bertapa keseorangan atau berteman. We'll see :P

Amacam merdeka ? Nice ah?
Boleh lah. Agak bosan sebenarnya. Dan aku rasa semenjak aku merdeka ni, aku dah mula blur.
Pelikkkkk. Aku rasa cuti lama-lama ni buat aku jadi sedikit lembab. Ohh, tidak! Aku kena plan betul-betul ni. Tak boleh duduk diam je. Nanti jadi blur terus :0

Pergi lah kerja!
Kerja. Aku memang nak kerja tapi aku rasa macam cepat sangat aku nak bekerja. Haha tengokkk. Otak aku tak nak grow-up lagi. Dia nak budak-budak lagi. Tak boleh jadi!
Lepas aku ambil lesen, aku nak kerja. Fuhh. Kerja! Kerja! Entah, entah kerja yang aku nak dah pun disebat. Sebab kawan aku yang lain ramai yang dah start kerja. Hmmm. We'll seeee.
Yang penting kerja aku tu dekat JJ Bukit Tinggi. Depan rumah je. Malas aku nak kerja kat tempat lain.haha.



Dapat Menyokong Segelintir daripada Inspirasi tetap aku!

Dalam 2010, ni yang paling nice habis. Aku dapat jumpa segelintir daripada inspirasi tetap aku. Happyyyy tak terhingga! Alhamdulillah :)



1.Zahiril Adzim a.k.a Bob :)

Diminta girls yang angau dengan Bob jangan dibaca post ni. 
Aku tak nak cari gaduh dengan korang! Okay aku dah bagi warning :P





Ini pertama kali aku bersua muka dengan dia. Aku support dia berteater.
26th of February 2010. Best moment ever.
Selalunya orang akan ingat aku ni budak form 3. Tapi, Bob ingat aku ni budak Uitm! 
Hahaha. Nice habis. Memang charming habis lah dia ni depan-depan. No doubt. Friendly gila.
Tak cukup dia friendly depan-depan, balik daripada teater tu dia comment gambar aku dengan dia dekat FB aku. 
Dia kata :
"ahah! Awak lah budak comel yang berbraces tu! yay! Hmm.. Berkebaya pulak tu :) "
Maunya tak sakit jantung aku bila aku baca comment dia tu. hahaha.



6/3/10.
Di Shah Alam, Bob merasmikan buku pertama Ayam Fared. 
Dikira best moment jugak sebab Bob ingat siapa akuuuu :D
Sempat aku bagi harta pusaka aku dekat dia. Haha cookie monster!
Balik daripada Shah Alam, dia post dekat wall aku untuk berterima kasih.
Katanya tak pernah orang bagi lagi benda macam tu. Terima kasih banyakkk.
Aww, sakit jantunggg XD



7/8/2010.
Teater lagi! Short Eyes. Memang terbaik. Teater paling aku suka setakat ni.
Best moment lagi sebab aku buat dia melatah. Hebat :P
Bila aku balik daripada teater ni, dia post gambar chocolate yang aku bagi dekat twitter dia.
Katanya " sedang lunch cokelat pemberian @QistinaAriff "
Sakit lagi jantung aku. haha :P


2.Ayam Fared a.k.a Ayam paling hot :)










Hot habis kan Ayam? Dia salah satu inspirasi aku jugak! Memang aku tabik habis. 
Dia sangat sangat down to earth. He's not like anyone in the world and I love that. 
Semua puisi dia, teater dia aku nak support.
Tapi malangnya tahun ni, ada satu teater dia aku terlepas. Zombie! Sebab pementasan tu diadakan hari kedua SPM aku. Sedih gila! 




3. Amerul Affendi the charming one :)

 Merul ni sangat... arghh sweet :D 
Kalau dia berlakon, kau berkemungkinan besar akan speechless. 
Dia tenang je tapi boleh blow kau away. Tapi, depan-depan dia ni pendiam. 
Diam-diam pun memang cute habis lah dia :D


Merul ni dulu kegilaan Bubu. Tapi since Bubu nampak Merul dah ada girlfriend, Bubu patah hati dan kurang menggila dekat Merul. Haha kesian. Aku relax je Bob dah taken? Aku happy je? Haa kau pun kena macam tu lah Bu! :)





4. Namron Si Hebat Habis :)


Uncle Namron ! Dia pun inspirasi aku. Kan best kalau dia jadi pak cik aku.
He's so charming in a way. Memang a father material pada mata aku ;)
Cara dia berlakon, lagiiii lah aku suka. First time aku mula kenal dia adalah dalam Filem Gubra. Yang jadi suami Khiriah tu. Dia jadi imam ke bilal tak silap. 
Comel habis! Cair aku. haha :D
Masa Teater Short Eyes dia jadi banduan pun comel je XD




5. Dira Abu Zahar the rockkkk one :)

Dira ni pelakon perempuan yang paling aku suka. Dia ni memang real dan tak fake all the time. Tak kesah lah depan camera, belakang camera atau depan aku. She rocks a lot lot. Friendly habis jugak! Dia siap cerita pasal anak dia dekat aku :)

Sebab dia lah aku rasa nak own satu big motorcycle bike. And maybe I will own it one day :D






6. Sazzy Falak the gorgeous gila :)


She's so cute isn't she ? Even prettier than a barbie doll. She's so cuteeee.
Friendly tak? Friendly gila! She even hugged me and said I love you too :D

7. Xavier Fong the cute one :)





I like this guy. Dia ni gila-gila sikit. Aku mula minat dia masa short eyes. 
Dia berlakon jadi garang buat aku kecut perut. haha.



8. South Jordan Band all the way from America :)




My SoJo boys. I don't know why, but I'm sooo addicted with these boys. Their music and their personality just makes me melt like hell. Haha. 
See? From the moment they wished a happy birthday for me in 2010, 
I'm so head over my heels for them.
They even posted a video for me.
They are so fuckin' niceeee :)




Through ups and downs,
pahit atau manis, 
masin atau tawar, 
semua memories ni berbaloi untuk aku telan.
Tak ada memories lain yang aku nak gantikan 
dengan memories yang dah aku rasa dalam 2010 ni. 
Bersyukurrrr sangat, Alhamdulillahhhhh :)


Selamat bersekolah semua.  
Selamat berkerja semua.
Selamat bercuti semua.
All the best in everything untuk semua yang tak suka aku dan yang suka aku ya!
Terima kasih banyak sebab dah banyak buang masa baca blog aku yang tak seberapa ni ;)
Semoga 2011 anda-anda semua lebih baik daripada 2010 <3

Qistina Ariff xx

Thursday, 30 December 2010

Di mata kamu.

Assalammualaikum.Hi.
 
Aku selalu susah untuk mengjudge orang. Tak kesah lah sama ada aku disuruh menilai orang yang sudah lama dikenal atau pun tidak.
Kenapa?
Sebab aku ni baik sangat? Haha. Bukan, bukan itu. Tapi sebab aku sendiri pun takut untuk dijudge oleh orang lain.                         
Diperhati. Dijudge. Diobserve.
Itu lah 3 benda yang aku tak suka orang buat dekat aku.
Bayangkan.   Orang sedang menilai kita dan dia mungkin baru sahaja kenal kita tak sampai berapa tahun. Melihat rupa dan menilai diri kita, sifat dan tingkah laku kita yang mungkin sudah bertahun lamanya sebati dengan diri kita dan sukar untuk diubah dan dibentuk lagi.
Aku memang cukup gerun kalau orang nak menilai aku. Aku terasa macam aku diletakkan di bawah magnifying glass. Cuba kau bayangkan macam mana agaknya  rupa aku bila  pertama kali berjumpa dengan bakal mak bapak mentua aku nanti in future.  Mahunya menggigil aku! Haha.. 
Aku memang selalu terfikir apa rupanya aku ni pada mata orang lain. 
Aku ni pelik ke? Normal ke? Garang ke? Buruk ke? Bising ke? Sopan ke? Aku selalu tertanya. Selalu sangat. Tapi aku takut untuk ambil tahu. Macam mana kalau aku dah tahu apa yang mereka fikir tentang aku dan mereka tak suka aku? Perlu ke aku ubah diri aku? Atau aku patut biar saja? 
Semalam, aku beranikan diri. Ada seorang kenalan aku ni, namanya Tan Sin Ooi. Dia classmate aku dan kami dah kenal selama dua tahun. Walaupun tak rapat, aku selalu tegur dia dalam kelas. Semalam, dia meminta orang ramai untuk menghantar sebarang nombor secara random ke inbox FBnya dan dia akan menilai kita menggunakan nombor itu supaya orang lain tak tahu yang dia sedang menilai kita. Haaa faham? Jadi aku pun hantarlah nombor itu walaupun aku sedang cuak bagai nak gila sebab aku ni bakal dinilai :))
Tulisnya;
111; you're a very cute person with cute personality. jovial attitude of your's attracts much more friends to your side. you always look cute no matter what you did or do. heheheh! but but! one thing, i'll ALWAYS love you! awww budak siapa nie? comelnya! :P
Aku tergamam. Biar betul? How sweeeet my little Sin Ooi ni! Mungkin dia sedang berkhayal semasa hendak menilai aku.hahaha. Malam ni aku tidur lena. Tapi, macam mana pun aku masih berasa gerun untuk dinilai. Sampai bila-bila. 
 Nak mengkritik orang lain pun aku tak ada bakat. Aku tak reti lah serius aku cakap. Dalam tahun ni, ramai orang suruh aku menilai diri mereka. Boleh dikatakan, itu memang soalan favorite mereka,haha. 
Meh sini aku nak bisik satu benda dekat kau. Tak ramai kot orang yang tahu benda ni. Aku sebenarnya pelik sikit. Kalau aku tak suka orang tu, aku takkan bagitau dia walaupun aku benci sangat dekat dia. Kalau aku suka dekat orang tu pun aku takkan bagitau sampai dia yang mula dulu. Sampai dia yang make a move dulu. Jadi kalau nak diminta mengkritik orang lain pun sama lah susah sebab aku memang macam tu. Kalau orang nak mengkritik aku pun aku rasa macam nak tutup telinga tak kesah lah mereka point out perkara yang baik atau pun tidak. Pelik isn't it? :))
Ehh alamak. Aku baru perasan dalam blog aku ni aku rajin mengkritik diri aku sendiri dalam sedar dan tak sedar.
 
Qistina Ariff xx

Sunday, 26 December 2010

Marah atau merajuk ?

Assalammualaikum.
Hi.

 
Semalam aku tak dapat pergi menyokong Amerul Affendi dan Hafizee dalam pementasan ASRAR sebab mama aku menghilang entah ke mana. Aku marah. Tapi marah aku yang ini tak bersuara sebab memang ini cara aku marah dengan mama aku.

Pementasan tu dijalankan selama tiga hari bermula pada hari khamis dan berakhir semalam pada hari sabtu. Nak pergi serbu pelakon teater kesayangan aku hari Khamis sepatutnya. 
Tapi ditunda oleh mama aku ke hari Jumaat. 
Dari hari Jumaat ditunda pula ke hari Sabtu. 

Aku tunggu dan tunggu orang yang ditunggu tak muncul-muncul. 
Jam berpusing dengan pantas dan enggan menunggu mama aku muncul. 
Bila dah muncul, teaternya sudah berakhir dengan suksesnya. 

Aku monyok tidak bermood pada malam itu kerana sudah terbayang-bayang di kotak fikiran aku sehari sebelum pementasan itu yang aku akan bergumbira dapat melihat teater dan gelagat pelakon teater kesayangan aku. 

Aku duduk di hadapan tv, 
bermasam muka mengawal kemarahan dan sedih. 
Mama aku tahu aku marah sebab dia sudah biasa dengan aku. 
Katanya dia lupa. Hmm tak apa lah. 
Tak ada rezeki.

Adik aku kata aku merajuk dengan mama. 
Merajuk? Bila aku merajuk?
Itu bukan merajuk. Itu marah.  

Aku berhenti dan berkerut terfikirkan sesuatu. 

Apa bezanya aku marah dan merajuk ? 
Lebih kurang sama je? 
Sebab bila aku marah, memang macam aku merajuk.
Aku terbisukan diri dan bataskan kata-kata aku untuk perkara yang perlu dijawab sahaja.
Kecuali kalau perlu nak ditengking, baru aku keluarkan suara yang tinggi. 
Haa. Lebih kurang sama je marah dan merajuk aku.

Baru aku terfikir. Patutlah selama ni aku tak reti nak memujuk orang bila mereka merajukkan diri. Sebab mungkin aku tak pernah merajuk. 

Apa yang perlu dikata kalau hendak memujuk orang yang merajuk?
Maaf? Sorry? Tak sengaja?
Bukan itu kata-kata untuk melegakan orang yang sedang marah ke?
Patutlah. 
Patutlah aku gagal dalam ujian memujuk orang. 
Kerana aku tak pernah merajuk.
:)

Kesimpulannya, jangan merajuk dengan saya, kerana saya jahil dalam memujuk orang :P


P/s; Aku masih marah tak dapat pergi berteater ni. Tapi sebentar tadi Amerul Affendi tegur aku di FB bertanya kenapa tak datang menyerbu melihat dia sambil ketawa panjang. 
AKU TERGAMAM. Aku terjerit.
Dia seorang yang pendiam dan berbeza dengan Bob kesayangan aku.
Agak mustahil dia nak menegur sesiapa di IM chat FB.
Dari aku marah, aku tersenyum lebar sampai ke telinga.
Kurang marah aku selepas ditegur Amerul Affendi. Alhamdulillah, YAY :D


Amerul Affendi :)



Semua yang berlaku, ada hikmahnya. 
Jangan cepat melatah.

Qistina Ariff xx

Saturday, 25 December 2010

High school, SPM and My Merdeka.

Assalammualaikum.
Hi.

Bye, I don't wanna see you again.

SPM's over. School's over. Alhamdulillah. How was it?
It went well for most of the papers. I'm most worried about my least favorite subjects. Accounts and Modern Maths. Yeah, I'm just not that good with numbers. Kill me :P
I hope my results won't turn out so bad. InsyaAllah, if God's willing :)
 
At last! I'm freeee. Wow, it's amazing to know that I don't have to study in that school anymore. I've changed to a different person during my time in that school. There's good and bad. I'll cherish it all since everything that has happen, happen for a reason. Allah just know what to do for us and I don't wanna complain.


But one thing that I do know is that, I won't ever let my children study there. EVER. 
I don't wanna let them suffer as much as I do. I'll listen to my children if they say they wanna move to other school. Kids are not that stupid all the time you know. 
Grown-ups just have to listen to them sometimes.

No more school clothes. 
No more heavy school bags.
No more morning assemblies where teachers nags using their annoying high pitched voices like we're deaf or something.
No more boring homeworks.
No more annoying classmates.
No more annoying principals.
No more sleeping in the class.
No more fake friends who's acts like they care about me.
No more, no more, no more.

I can say that my high school days are like living in hell. 
Hell that are made by freaky humans. 
That's okay, I still have my primary school lovely memories to hold on to :)

Bye high school. Bye I don't wanna see you again.
I'll miss you just a little bit now that I'm gone. But I won't ever wish to come back to the moment where I have to study there even when I have a time machine. 
I had suffered enough for 5 years, thank you very much.


All the fake friends who's always in a busy body mood, trying to judge me all the time, you can start finding a new victim. Why do I always been the one who's absent from school? 
Only me and my family would know how shitty our life is during that moment. 
I'm not a stupid girl who likes to skip school for fun hunnayh!
You don't have to be so fully interested in my boring life, fake friends. 
I'm keeping this to myself because I don't wanna be in a spotlight. 
So, yeah. Don't give a crap about my absence in school okay? Thank you.

I know I seemed to be like a happy go lucky person outside. But truly, I hate people who likes to judge other people. I really do. Naah, I'm not that nice peeps. Keep your heads and eyes straight. I'm just a human. A not so perfect one ;)




Haa, okay.. So let's move on to a more happy story of mine :D

22/12/10 - Merdeka at last ey!


A day after I'm free from SPM and high school era. It's time to have fun!!
I need my laughing machine. Where are you? 
Haaa. I need my boys. My favorite boys ;)


 There you are! :) 

This is us. 
Shaky picture! Eheh, sorry. I had to bring my low quality camera :(

So on that day, Izham, Yol, Bubu and me decided not to watch movie and just walk crazily together all around the mall and let Syahmi watch a movie alone with his girl :D
 


 Me and Bubu didn't shop for a single thing today. I'm not in a shopping mood yet. 
Plus, I don't think I need anything.haha. 
Okay so, we just followed our boys to do their shopping!
I never thought, shopping with them would be a fun thing to do! haha nice :D

There! Izham is buying his school shoes. Aww, so semangat! haha. 
It's funny to think that I don't have go to school anymore. Yipee :))



Today, this Izham is being a little crazy. What a shock! Haha woooot :D



Syahmi and his girl, Mia after watching a movie. I love seeing them together! 
Super sweet :)




That's my boys and a hand of mine holding a donut! haha !


 
I forced them to eat the donuts that I bought.  EAT I TELL YOU, EAT! :D



  I even fed them. 
Iz lah mengada nak mintak suap. Sekali tiga-tiga sekali kena suap dengan aku! 
hahaha. Puas? :P




I can't thank you guys much for coming! And sorry for coming late AGAIN and AGAIN :(




A special thanks to Yol for coming. 
I thought you'd never come.
Thank you thank you again for making us laugh even after what had happen.
I really appreciate it, Yol :)




My best friend forever! 
Next time I'll be the one who'll kacau you.
Wait ah Izzoo my flizzow ! 
Wooot :D



It's almost been a year after we made friends. 
Hoping that we'll stay as close as we used to till many years to come. 
InsyaAllah, Amin :)

What a fun merdeka I had. 
Wait, that's not all that I'm doing for my merdeka. There's moreee! Stay tune :D



Until next time my sweet readers. Have a great day!


Qistina Ariff xx




Friday, 24 December 2010

Rasa kosong dah hilang!

Assalammualaikum.
Hi.



Maaf, maaf lambat aku update ya? Sibuk sangat, macam-macam aku kena buat. 
Menteri pun tak sibuk macam aku. Kononnya, haha !
Baiklah. mari aku cerita pasal kem aku tu :D
*Dalam entri seterusnya aku cerita pasal SPM aku pulak ya? Tunggu okay :)


AKU DAH BALIK ! - 12/12/10

Semalam aku balik lambat jugak lah sebab kena tunggu cousin aku settle kan semuanya. Lepas tu, dia bawak kereta ronda-ronda sekeliling Bukit Cherakah tu cerita macam-macam benda sebab dia memang banyak ilmu pasal tempat tu. Pehh, mata aku yang gila berat sebab tak cukup tidur tiba-tiba rasa ringan sikit do! 
Si B dah selamat tidur lepas 5 minit masuk kereta. Haha siapa tak kenal B ye dak? Boleh tidur kat mana-mana je dia tu :P
   
 Dah habis ronda kita orang lepak tunggu abang aku ambil dekat rumah cousin aku. This time aku ingat aku nak tidur, tapi tak boleh jugak. Apa lagi, aku dengan cousin recap lah balik pasal camp tu. Hahaha best gila bila cousin aku cerita pasal apa yang dia nampak dan dengar pasal peserta dan the real story kenapa camp tu agak lembik atau lemau katanya.

Apa yang lemau?

Ada certain time yang memang membosankan. Kalau tak bosan pun buat sakit hati. Ada satu group yang handle camp tu yang mengakibatkan beberapa aktiviti best gila dibatalkan. 
Hoishh ni yang marah ni! 
Tapi takpe sebab bila time aktiviti yang tidak melibatkan group bosan tu, aku had fun GILA! Cuma group bosan tu buat spoil lah. Aku pun letih dengar dia cakap. Aku ingat aku sorang. Rupa-rupanya ramai kot orang tak suka group tu. Haha bagus. Aku normal ! :D 
 Lagi satu sebab kelemauan itu terjadi ialah peserta yang lemau. Lemau lah macam makan twisties tak ada bunyi bila digigit. Ada banyak jugak budak kecik yang join camp ni. Kalau pasal kecik tu tak ada masalah lah. Bermasalah bila mereka tak boleh berdikari, all out atau ikut arahan orang.

Apa yang bestnya?


Fuhh! Banyak jugak pengalaman dan benda yang aku serap masa camp ni! 


Satu: Misi Diketuakan.

Kau nak tau benda yang ajaib tak? Ala, magic lah maknanya. 
Aku kena dera dan dipilih menjadi KETUA KUMPULAN dengan PENGHULU WATI siot! 
Aku? Qistina Ariff?? Budak form 5 yang nampak macam budak form 3 ni dipilih jadi leader? Gila kan? Aku pun tak percaya. hahaha. 

Nama kumpulan? The Fighters! Kiranya macam pahlawan lah kononnya. hahaha. Kejap, aku rasa aku boleh list kan nama team aku tanpa refer mana-mana tempat. Ready? Okay.
Atiqah, Nabila, Nabil, Rafiq, Danial, Nabel, Adib, Anas Fauzan and aku ! Betul kot. Aku rasa :))

Masa dipilih menjadi ketua kumpulan tu aku boleh handle lagi. 
Bila kena pilih jadi penghuluwati tu yang aku cuak. Aduh! Diorang ni nak dera aku ke apa? Aku dah lah tak pernah jadi leader, sekali kena handle dua benda dalam satu masa. Agak serabut aku dibuatnya.

Tapi lepas sehari, abang Wan yang suara dia boleh buat aku teropocot tu cakap suruh pilih penghuluwati lain sebab aku dah ada tugas lain. 
Aku pun apa lagi. HAPPY NAK MAMPUS siot. Lagi-lagi sebab B yang kena pilih. hahaha padan muka dia :P



Amacam first time jadi ketua kumpulan?

Walaweh! Best gila. Thank God aku dapat team mates yang okay. Banyak kot the guys in my team tolong buat benda. Helpful gila. Kalau tak, aku tak tau lah macam mana nak settle task tu semua :))
Ada orang yang handle camp tu cakap budak Bukit Jelutong yang datang tu spoil brat sebab anak datuk. Aku tengok biasa je yang dekat kumpulan aku tu? Banyak je tolong orang? Hoishh pelik betul. Dorang kena sound sebab bapak diorang datuk. Bukan diorang yang mintak pun. Haha buat lawak. At least kalau ya pun ada yang spoil brat tak payah lah cakap diorang spoil sebab diorang anak datuk kan? Diskriminasi do. Ish ish ish. Anak orang yang tak ada pangkat pun ada yang spoil brat apa.
*Aku bukan nak kutuk, tapi ni yang aku fikir. Jangan terasa atau apa-apa ya? Terima kasih.
*spoil brat tu apa? Google ya :)
MISI SETTLE!



Dua: Misi Paya.  


'Kolam maut' tak silap aku nickname yang mereka bagi dekat paya tu. Sebab payanya busuk dan kotor kononnya. Kami disuruh masuk berjalan meredah paya tu. Mungkin mereka nak bagi kami cuak kot dengan nama paya tu. Aku masuk biasa je? Takde lah busuk atau kotor yang macam aku hasutkan dalam kotak kepala aku. Baguslah kan? 
Alhamdulillah selamat aku dari busuk dengan kotor, haha :) 
MISI SETTLE!






Tiga: Misi Mendaki dan Serap dengan pantas.






-Mendaki bukit apa ya? Aku lupa. Tanah yang dijejak penuh dengan akar pokok dan pokok yang tumbang. Mata, kaki, tangan, dan otak kena selari dan peka lah :)


-Apa yang hendak diserap? 
Ilmu ikatan tali yang boleh diharap + menyalakan kayu api + mengenali jenis beg camping dan peralatan + orang berkaki patah yang perlu diangkat menggunakan stretcher buatan semula jadi. Semua perlu diserap dengan cepat!
MISI SETTLE!



Empat: Misi Orienting.

Orienting- to set or arrange in any determinate position especially in relation to the points of the compass.

Kompas dengan aku selalunya tak ada chemistry. Selalunya.
Dan pada hari aktiviti ni diadakan, peratus chemistry kompas + aku = 5% sahaja mungkin.
Malang sekali bagi aku sebab aktiviti ni kena guna kompas kau cakap? 
Tak jugak sebab team mate aku yang guys memang bagus dengan kompas dan arah jalan! Fuhh, lega aku. Tak payah nak cuak-cuak dengan jarum kompas tu, haha :P

Semua orang diberi 3 kompas, satu peta dan satu kertas A4 untuk ditandatangan oleh orang yang menjaga setiap check point. Ada tiga empat helai check point yang memerlukan peserta untuk settle kan task yang telah pun diajar sebelum itu sekilas pandang. Semua dah diajar, tinggal ingat dengan tak ingat je lah. Aku? Err, aku agak blur masa tu. Kabur-kabur sikit lah ilmu yang fasi dah terangkan sebelum tu. Tapi ada jugak yang aku ingat kot XD

Team aku hampir berjaya pergi ke semua check point dan settle kan semua task. 
SATU check point tak sempat pergi. Satu? Sayang gila! Agak damn jugak lah kan? Sebab dah bersemangat gila nak pergi semua check point! Eheh.
MISI SETTLE!


Lima: Misi Operasi Burung Hantu.

Yang ni kurang best daripada biasa yang aku pernah rasa. Mungkin sebab ada budak bawah umur kot dan bercelaru sikit sebab aktiviti ni digabung dengan group bosan yang aku dah sebut awal-awal tadi. Agak frust jugak lah sebab aku ingat cousin aku nak kasi aktiviti ni thrill habis-habisan. Tapi tak jadi katanya :(

Mata pulak ditutup. Hah! Lagi lah tak thrill woi! Lepas tu aku dikacau dengan fasi yang sepatutnya takutkan aku, tapi lama-lama dia main-main dengan aku pulak. Silap aku lah pergi layan dia guna suara comel aku (katanya) haha. Sengal betul. Dia sentuh-sentuh kaki aku pulak tu. Haishhh kalau aku nampak dah aku tempeleng agaknya :P  


Tapi, tak apa lah, aku had fun selain pasal sentuh-sentuh tu :)
MISI SETTLE! 
  
Enam : Misi Sapu Tangan Hill.

Siapa yang kenal aku, mesti dah selalu dengar aku cakap yang aku tak suka hiking. Tak kira lah, bukit atau pun gunung. Lagi-lagi yang curam. Memang aku benci habis nak mendaki. Aku akan rela hiking kalau tujuan aku hiking tu untuk sampai dekat air terjun sahaja. Kalau aku perlu hiking semata-mata untuk menikmati pemandangan, aku memang tak rela.

Dalam kem ni, aku terpaksa hike seekor bukit yang bernama Sapu Tangan. Dan kami mendaki semata-mata untuk menikmati pemandangan. Haa, aku cakap apa tadi? Aku tak rela kan? Memang tak rela. Tapi terpaksa lah melawan ketidakrelaan itu. Masa bukit tu curam yang betul-betul menguji paru-paru dan stamina aku, aku dah rasa macam nak MAPUH! Mu tau dok nak mapuh ? Serius. Tapi aku push jugak. Alhamdulillah aku lepas :)


Lemahnya kau ni! Naik Sapu Tangan Hill je kot? Haha kan aku dah cakap aku tak suka hiking tadi. Kau nak cakap aku lemah pun, cakap lah aku tak kisah sebab aku benci hiking :P



Sebelum aku kena seksa! Kau tengok Boyot tengah buat aku annoyed.haha.



Aku pose awkward di puncak Sapu Tangan with Beela and Bubu.



Fasi-fasi :)



That's me and my big sister's friend's little sister. Small world it is ya? :)



  MISI SETTLE!   



Tujuh: Misi Perang.

Dah naik Sapu Hill kita rehatttt ! Apa? Tak? Ada lagi? Lepas mendaki kita kena perang pulak. 
Ambik kau tak ada rehat. Lepas kemas khemah terus perang. haha. Perang ni tak perlu guna senapang pun. Kena guna energy dengan otak.haha.

Perang satu : Balloon Badminton-ish.


My face macam apa -_-

Itulah game pertama sekali kita orang kena main. Kau teka lah opposite player team aku siapa. Team BOYOT. Macam tak ada orang lain. Durr. Nanti aku cerita siapa Boyot :)
Mula-mula team aku dah lead dah 4-1. Sekali entah macam mana team Boyot boleh potong kita orang jadi 4-5. Aku gila gila bengang dengan Boyot. Gila. Haha sengal lah macam mana dia boleh menang ! Grr. Masa tu aku rasa nak tumbuk someone. Seriously ! :))

Perang dua : Spitting water-ish.


Yang ni aku tak suka. Kena fill water dalam mulut lepas tu spit dalam botol minyak masak yang besar gedabak. Yuck yuck. 
Dah lah paip gila jauh, lepas tu fasi banyak yang suka kacau aku -_-
Tapi team aku menang sebab dapat isi sampai hampir penuh. Wooot Good job guys ;)


Perang tiga : Getting through the spider web.

 
Dalam banyak-banyak aku pergi kem, buat benda ni yang paling aku tak suka. 
Kenapa? 
Sebab aku tak pernah nak lepas. Badan aku je kecik, tapi selalu mesti terkena tali.haha. Kalau nak menang, syaratnya kita tak boleh terkena tali tu.


Tapiiiii, kali ini aku lepas! YAY! Kau nak tahu kenapa? Sebab aku diangkat oleh guys yang gagah perkasa dalam team aku.haha! Gagah ke weh? Entah lah :P 
Cuak jugak aku ni nak kena angkat sebab takut aku ni berat sangat ke apa. Kali kedua aku kena angkat baru lepas. Fuhh! Nasib baik. Kalau tak, sia-sia je aku kena angkat. 
Kali kedua aku diangkat, aku terjatuh atas guys tu haa betul-betul lepas aku get through tali tu.hahaha kelakar nak mampus. Nasib korang lah ya, aku jatuh atas korang :P
Dalam game ni, team aku menang lagi! Wooot, good job guys ;)

Penat tapi tak ada habuan.

Ye ye aku ingatkan lepas kita semua penat-penat lari sana sini macam orang gila akan dicampak dengan hadiah atau sijil atau apa-apa penghargaan. Tapi, haram tak ada. 
Kecewa habis lah aku. Kalau aku tau, tak ada lah aku bersemangat sangat. 
Pertandingan apa yang tak ada hadiah doe? 
Err pertandingan congkak pun ada hadiah kot, haha :P




MISI SETTLE!


Lapan: Betting for girls.


Cousin aku bagitau dekat kita orang yang dia ada terdengar dan nampak ada a few boys dekat camp ni yang nak bet untuk dapatkan Si B. Bet bukan sebarang bet, tapi bet guna duit sekali. Entah siapa yang bet, entah betul ke tidak aku tak tau. Tapi bila aku dengar je dia cakap macam tu, aku nak tergelak! 

Apa yang kelakar kau tanya aku?
Betting for girls lah! Kau bet-bet ni kau bajet kau boleh buat dia jadi girl friend kau ke? 
Agak kelakar di situ..! Haha. Tak apalah. Maybe it's an entertainment for boys kot. 
Aku mana tahu, aku bukan lelaki. Aku rasa aku dengan B nak cuba betting for guys lah for the next camp. Nak rasa apa yang bestnya betting for guys ni. HAHA OKAY I'M KIDDING! :))


Mari aku cerita sikit apa yang aku jumpa untuk kem kali ni.


1.Manusia Yang Aku Respek.

Tengah aku elok-elok makan lepas berperang, aku ternampak ada sorang lelaki ni jalan dengan gila cool. Dengan shades putih, bag pack yang cool dan t-shirt yang cool jalan sorang-sorang nak pergi dekat kereta dia. 

Aku pun pelik. Macam pernah aku tengok muka dia. Siapa doe? 
Kenapa comel sangat ni? 
Aku tanya Bubu, dia kata dia tak tahu.
Aku tenung dia betul-betul. Dia pun masuk kereta. 
Bila kereta dia dah jalan baru aku terjerit sambil aku makan. 
" ITU MOHD JAYZUAN !!! "

Ya' Allah, lembabnya otak aku berfungsi. Macam mana boleh lembab ni? Aku nak kejar pun dah terlambat sebab aku pun tengah makan. Takkan nak campak je pinggan bernasi kat tangan aku tu.Hahaha.


Siapa dia? 
Dia lah antara penulis yang paling aku respek selain Ayam Fared dan Zahiril Adzim.
Serius aku terlupa dia kata dia ada event dekat Bukit Cherakah. 
Hoishh sengalnya aku :|
Semoga ada jodoh berjumpa lagi di lain hari ya, JAY! <3 :)

2.Manusia Baru.

Pergi kem, mesti jumpa ramai manusia baru. Kali ni aku jumpa lagi.

BEELA.
Kalau korang kenal aku, korang mesti tahu yang aku tak ramai kawan perempuan yang aku betul-betul rapat. Aku tak tahu kenapa tapi aku selalu sangat susah nak ngam dengan perempuan. Bagi aku terlalu banyak komplikasi yang berlaku. Aku malas nak terangkan apa komplikasinya hari ni, maaf ya :)


Benda yang betul-betul peliknya, dekat kem ni aku kenal seorang manusia yang jantinanya perempuan yang tiba-tiba boleh rapat dengan aku. 

Nama dia Beela dan umurnya sama dengan aku. Aku dapat kumpulan khemah yang sama dengan dia. Yang dasyatnya, bila kita mula bercakap, aku terus rapat dengan dia. Pergi mana-mana pun dengan dia. Mula-mula aku tak sedar pun. Bila cousin aku cakap, baru aku perasan. Katanya aku dengan Beela macam dah lama kawan. Mereka panggil kami berdua kembar.haha. Beela ni baik gila-gila. Cara dia cakap sopan sangat. Berbeza dengan adik dia yang agak nakal tu. Aku tahulah, sebab adik dia team aku. Pehh!! Pening jugak aku nak jawab soalan adik dia. Nasib baiklah kau adik Beela. hahaha :P

Untuk pengetahuan kau, aku takkan buat kawan kalau terdesak. 
Aku mengaku, aku memang memilih bab kawan berkawan ni. Lagi-lagi perempuan. 
Aku berkawan tak pilih ikut status/pangkat/kedudukan kewangan atau rupa. Aku pilih ikut perangai dan personaliti sahaja. Kalau ada connection, aku kawan. Kalau tak, aku takkan rapat. Itu bukan sombong ya namanya? Terima Kasih :)






Beela and me. Amacam? Ada rupa macam kembar? haha :))



Danial.
Mamat ni, team mate aku. Dalam team mate aku, aku paling banyak cakap dengan dia, aku pun tak tahu kenapa. Apa-apa, aku tanya dia. Haha pelik gila. First time aku nampak dia, muka dia poyo jugak lah. Lebih kurang sama dengan Boyot. Tapi, lama-lama aku perasan yang dia ni baik :) Korang tau je lah aku, aku mana suka jadi ketua-ketua ni. Nanti kalau aku tak reti buat apa-apa atau kena buat keputusan, aku terus cakap dengan dia. Maybe sebab team mate yang lain malu-malu agaknya dan dia tak. Haha.


Ohh, ya. Meh sini aku nak berterima kasih sikit dengan mamat Danial ni. 
Thanks yea Danial, banyak benda kot i suruh you tolong buat. Nak list satu satu memang panjang kot, haha. Yang paling utama sekali is thanks gila tolong i masa nak cross satu small river ke apa tah tu. Masa tu i ada nak terjatuh, lepas tu you offer i grab tangan you. 
Fuhh, kalau you tak ada masa tu serious i dah jatuh berdebuk dah kat sungai and batu tu. Thanks a lot :)


Adib.
Ni team mate aku jugak. Dia pun banyak tolong. Thanks Dib! Tapi dia diam je. Aku ingat dia tak suka aku ke apa sebab bila dia pandang aku dia tak senyum pun. haha. Tapi masa nak balik tu baru nampak dia senyum. Haa, kan okay macam tu! 
And ohh, dia sorang je yang cakap sorry pasal kena angkat aku masa tu. Aku pun tak pasti kenapa dia cakap sorry. Aww baiknya :)


Nabel.
Ni team mate aku jugak. Aku boleh ingat dia pasal dia pernah tegur aku sebab aku pakai perfume.hahaha. Sorry, I'm a girl, what to do. I need perfume man :))

Haa, dia banyak tolong cari arah untuk Orienting tu. Lega betul aku tak payah nak pegang map tu. Semangat betul dia lari sana, lari sini nak cari arah. 
Thanks Nabel :)


Anas Fauzan.
Team mate aku lagi. Dia pun jarang bercakap dengan aku. Aku ingat dia form 3, rupa-rupanya dia form 1 ! Pehh macam tak percaya aku.hahaha! Anas ni pun rajin. 
Thanks Ojan! (Nickname dia) :)

Rezzman.
Dia ni bukan team mate aku tapi aku kenal dia sebab aku dapat rasa dia suka adik aku.haha. Lagi satu trademark "hoho" dia tu memang buat aku kenal dia :D


Yang sibuk menyenduk nasi tu Danial. Sebelah Danial tu Anas/Ojan. 
Yang tengah gigit pinggan tu Adib. Yang letak tangan atas bekas air tu, Rezzman.




Baris ketiga tu team aku. 
Aku tak ada dalam gambar ni sebab duduk depan sekali, maklumlah ketua :))
Yang sedang gelak besar dalam team aku tu ialah Nabel.


Boyot.
Haa, ni lah orang yang aku sebut-sebutkan tadi. Boyot ni adalah orang yang paling unik aku pernah jumpa. Tahap kepoyo-an dia tak pernah jatuh. Tak pernah. Dalam 3 hari tu, dia lah orang yang selalu buat aku annoyed. Aku rasa nak cekik-cekik je dia. 
Aku pusing sana, dia ada. Aku pusing sini, dia ada. 
Masa aku nak focus, nanti dia kacau aku. Lepas tu dia besarkan mata dia. Haha. 


Yang paling aku puas gila nak mampus ialah, masa nak abe ceiling. 
Ala, yang turun daripada tempat tinggi guna tali tu.. 
Boyot ni poyo gila tau dengan aku sebelum dia naik abe ceiling tu. Dia kata dia tak takut nak turun daripada benda tu. Dia cakap aku yang akan nangis-nangis lepas tu, aku terpekik-pekik panggil mak aku. 


Sekali kau nak tau apa yang jadi? Dia yang TAKUT NAK MAMPUS betul-betul bila tiba giliran dia dan bukannya aku. Aku kat belakang dia relax je. Aku bukan nak poyo, tapi tu yang jadi. Kalau kau tak percaya pergi tanya fasi. Dia siap puji aku kata aku dah banyak kali abe ceiling. Padahal aku first time naik benda tu! :))

Boyot: Qis, kau lah turunlah dulu.

Aku   : Ehh, apehal pulak? Kau sampai dulu, kau turun dulu lah.
Boyot: Aduhh. Aku berdebar gila ni.. *Sambil mengusap-ngusap dadanya*
Aku   : Wehh! Relax lah! Kau kenapa ni? Tadi kata berani? Sabar weh, sabar!


Dia betul-betul dah nak turun. Sekali dia berhenti.


Boyot: Ehh bang! Kejap, kejap, kejap! *Jalan jauh sikit dari penjuru sambil buat muka cuak*
Boyot: Err..Okay dah. *Berdiri dekat penjuru dan mukanya masih cuak gila* 
Boyot: Eh kejap! Kejap!
Aku   : Wehh, kau ni..! Cuba bawak bertenang weh! In-hale..Ex-hale..
Boyot: Tinggi ni weh..!! *Muka lagi cuak*
Aku   : Takpe, sikit je weh. Cepatlah, aku nak pergi toilet ni doe.

*Aku nak gelak besar depan dia sebab dia poyo gila masa kat bawah tadi. 
Tapi aku tak sampai hati.
Lama-lama dia turun jugak. Fuh! Dapat aku pergi toilet lepas turun. Haha :))
Lepas dia dah turun, aku pun turun. Aku pun apa lagi! Bahan dia lah! 
Hahaha padan muka dia. Biar dia rasa aku kutuk dia! :P

*Tahniah Boyot. Kau dapat award daripada aku as a orang paling mengada in the world. 
And terima kasih lah kau cakap kau nak buat filem tentang aku dengan Bubu. 
Terharu aku siot. HAHA 

 Yang berada di dalam air dan berseluar tinggi tu ialah Boyot.



Other photos :






Abe Ceiling Time!  
Dah macam muka kontraktor mabuk dah kita orang :))
Pakai benda yang dekat kaki tu terasa macam tengah pakai baby diapers. hahaha :P






Ni masa aku kena give a talk pasal camp tu. Entah apa-apa, banyak aku merapu. 
Takpelah, at least aku buat muka tak malu.hahaha. Hoish :))





Makan! :D




Yay! Dah boleh balikkkk. 
Tapi slack lah, sijil tu tak ada nama aku. Mereka tak sempat mencetak nama :(

Okaylah sampai sini dulu, bukan main panjang entri aku kali. 
Until next time ya manis-manis :)


Qistina Ariff xx