Tuesday, 31 August 2010

Negara aku telah merdeka selama 53 tahun hari ini.

Assalammualaikum.
Hi.

53 tahun yang dulu, negara saya merdeka hari ini ! 

Wahai rakyat Malaysia, aku nak tanya kau satu soalan yang senang. 
Tak perlu guna kalkulator atau formula matematik pun untuk kau jawab soalan ini.

Kenapa kau sayang Malaysia ? Kenapa kau cintakan negara kau ? 

Selain daripada makanan yang sedap dan pelbagai budaya yang ada, kenapa kau sayang negara kau ni aku nak tanya !


Dah bosan sebenarnya aku dengar jawapan " Saya sayang Malaysia sebab dekat sini ada ramai kaum, ada banyak makanan yang sedap-sedap dan ada banyak bahasa, bla.. bla.. bla.."


Kenapa aku bosan ? Sebab pada aku makanan dan pelbagai budaya tu dekat mana-mana pun aku boleh dapat. Kalau aku pergi London, UK pun ada jual nasi lemak, ada jual teh tarik. Banyak kaum ? Tempat lain pun ada. 


Personally, aku sayanggg Malaysia dari aku kecik lagi. Tapi dulu aku tak tahu kenapa, sebabnya masih belum jelas pada mata aku.

Kebanyakan daripada classmate aku kata diorang tak nak tinggal kat Malaysia bila dah besar nanti. Nak tinggal kat Paris lah, London lah, Korea lah. 
Kalau nak belajar tak apa lah, sebab Nabi Muhammad SAW pun suruh kita mencari ilmu sampai ke China. Ini, mereka cakap nak TINGGAL dekat sana. Nak jadi warganegara sana.


Tu hal diorang lah, takkan aku nak campur. Hidup diri sendiri, diri sendiri yang buat pilihan. Tapi aku rasa aku berani bertaruh yang itu cuma ayat-ayat poyo atau ayat-ayat sombong, bongkak, riak dan berlagak mereka je. Bukan betul-betul diorang boleh dapat pun. Bahasa Inggeris pun tergagap nak cakap, inikan nak hidup di Eropah?
(Ditujukan kepada SEBAHAGIAN daripada classmate aku)


Kalau yang non-bumiputera tu aku faham lah. Mungkin diorang rasa diorang tak dapat kemudahan yang mereka sepatutnya dapat kat sini. Kesian jugak aku kat diorang.
Mereka ni dilayan secara tidak adil jugak kadang-kadang. Macamlah diorang ni bukan rakyat Malaysia. Arghh! :(


Back to the question. Kenapa aku sayang Malaysia ?

Dengan bangganya aku akan jawab :

I love Malaysia because this is my home. Even though it's not a perfect place, Malaysia will always be my home. People say home is where the heart is, and my heart is here in Malaysia ! Cliche ? Say what ever you want!

-Seperti mana yang aku tulis di status FB aku :) Tak, aku tak curi ayat tersebut dari mana-mana pun. Ayat itu ikhlas datang dari hati aku ni!

Aku tahu, tentu ada tujuan kenapa Allah biar aku lahir di Malaysia. Tentu ada. Kita wajib sayang negara kita kan ? :) 

Di sini lah aku dilahirkan, dibesarkan, belajar merangkak, berjalan. Aku sudah sebati di sini. Aku tak peduli walau cacat cela mana pun negara aku ni, ia tetap negara aku. Aku takkan fit-in di tempat lain. 

Aku sayang negara aku, tak bermakna aku taksub terhadap negara aku ni. Aku masih lagi hormat negara lain. Indonesia, Filipina, China, India, Arab, ahh, seluruh dunia lah aku hormat ! Sebab walau beza macam mana pun, mereka tetap manusia. Kalau boleh aku tak nak digelar orang Melayu. Aku nak digelar orang Islam atau orang dunia pun boleh. 

Aku tergelak jugak bila terdengar orang racist berkata-kata. Dia tak tahu ke yang nenek moyang dia pun datang dari kaum lain ? Bukannya dia tahu. Terlalu taksub dengan kaum sendiri macam tu lah. Otak dah terlalu tepu bak kata Bob. Haihh.




Apa-apa pun, Malaysia, aku sayang kau. Walaupun kadang-kadang sebahagian daripada penghuni yang ada dalam kau tu menyakitkan hati aku kerana mereka suka mencemarkan kau.

Jaga diri, Malaysia :)



 Me and Malaysia's flag. Haha I look like a crazy girl ! :))




Sebenarnya ada banyak gambar masa aku sambut Merdeka di sekolah. Aku berbaju Lenga India.Tunggu ya ? :)

Qistina Ariff xx

Sunday, 29 August 2010

Menunggu Ulat Menjadi Rama-Rama



Assalammualaikum.
Hi :)







Kalaulah aku bisa koyakkan diriku ini dan bertukar menjadi yang lain.
Menjadi yang baru.
Seperti ulat yang cuba untuk meloloskan dirinya 
dari kepompong bertukar menjadi sang rama-rama.


Aku penat merungut tentang kehidupan.
Aku lelah menjalani kehidupan yang penuh dengan kekusutan.
Kekusutan yang aku tak tahu dari mana puncanya.


Payah, perit aku rasa.
Lesu, bingung aku rasa.
Kecewa menyelubungi diri sendiri.
Kerana aku semakin tak mampu untuk tanggung semua ini.


Ini bukan aku !
Aku mahu kuat berdiri.


Bingit telinga aku mendengar kata-kata nasihat.
Kerana aku tahu semua itu.
Aku tahu aku tak patut gelapkan masa depan diri sendiri.
Aku tahu dan aku bukan sengaja mahu melangkah dan berjalan seperti ini.


Ini dugaan, aku terima.
Aku tahu ini bukan aku !


Aku mahu bebas beribadat, bebas tersenyum, 
bebas ketawa, bebas belajar,
bebas bercinta, bebas menggila!
Seperti dulu.
Aku akan cari diri sendiri yang terselit entah di mana.
Aku akan cari diri sendiri yang telah hilang entah di mana.
Aku akan cari dan jumpa diri sendiri.


Ini bukan aku!
Tak lama lagi aku bakal jumpa.
Tak lama lagi aku bakal bebas dari kepompong itu.
InsyaAllah, aku harap.
Sangat, sangat.
Kau tolong tunggu aku ya ?





Hari - Jumaat
Tarikh - 20/8/10
Masa - 1:54 AM
Tempat - Hati








Love, 
Qistina xx

Wednesday, 25 August 2010

Sebahagian daripada Inspirasi aku .

Assalammualaikum.
Hi.

Wani Ardy. 




Dia sebahagian daripada inspirasi aku.
Tak mustahil jika dia sebahagian daripada inspirasi orang lain juga di luar sana.

Tulisan dia selalu menggambarkan apa yang terselit dalam hati aku. 
Seperti isi hati aku ni dikeluarkan satu-satu, disusun cantik dan dipolish dengan baik oleh dia.

Lagu - lagu dia selalu menjadi dendangan wajib aku sebelum tidur. Tulisan dia di blog selalu bagi aku semangat dan mostly akan buka minda kita untuk berfikir lebih jauh dan dalam. 

Tak guna aku cakap banyak, mari sini aku nak paksa kamu-kamu semua singgah sini : 

Tekan dan hayati ya ? Terima Kasih :) 




P/s : Take care dan jaga diri ,my readers yang manis xx.

Bila agaknya ?

Assalammualaikum.
Hi.

I wanna share a video clip to all of you out there.
Super Junior - No other !
Tidak, tidak saya bukannya maniac fan SUJU, tapi lagu ni is kinda sweet,
so enjoy the song yea, manis-manis ku ! :)







Bila agaknya ada orang nak nyanyikan lagu ni dekat aku ya? haha :P

Ohh, ya. Aku dah tukar blog header punya gambar. Amacam ? Nice ? 

Masa tu aku pergi waterfall dengan abang aku. Nama waterfall tu "Pisang Fall" . Google lah kalau interested, tempat tu tak ramai orang tahu jadi masih "suci" lagi lah tempatnya. Cuma kena redah air paras dada dulu baru boleh sampai waterfall yang paling atas sekali. 

I love nature. Don't you? :)







P/s : Take care, jaga diri ya, my followers yang manis xx
  

Tuesday, 10 August 2010

Mari Kita Ber-SHORT EYES Versi Bahasa Melayu !

Assalammualaikum.
Hello there :)


Sebelum aku move on to the main story, aku nak cakap something.
Ya, aku masih lagi cuba untuk menghadapi masalah tu dengan tenang. Tapi, most of the time aku masih lagi rasa terganggu dan mahu semua ini berakhir dengan cepat. Mahu cepat-cepat tamatkan nightmare ni. Harap perkara ini tidak akan menganggu fikiran aku, hati aku dan studies aku sangat. Risau jugak ni.

Sebenarnya, pada hari yang sama aku pergi teater ni, telah berlaku satu perkara yang paling sial yang pernah aku rasa setakat ni. Tapi, perkara sial tu memang tak ada kena mengena lah dengan SHORT EYES. Cuma bila aku balik je dari teater tu, terjadi satu benda yang paling aku mohon sekali untuk tak jadi. 


Dah lah aku baru balik dari one of the best and lovely moment punya event. Sekali, aku balik je terus jadi benda tu. Aduhh. Lovely moment and sial moment bercampur dalam satu hari. Jadi, fikiran aku jadi bercelaru sikit. Tapi aku tau ini dugaan daripada Allah untuk aku, hamba-Nya. Aku terima.


Maaf, cerita sial itu sangat private. Aku tak boleh cerita dekat sini. Mungkin aku akan buat puisi. Tapi takkan obvious sangat lah maknanya.





07/08/10 - Sabtu

Cerita Over the moon aku :

Mari Kita Ber-SHORT EYES Versi Bahasa Melayu !

Rumah Anak Teater bikin wayang secara langsung lagi di PJ LA JAYA ONE. Yay, dekat tempat sama!
Bila first time aku dapat tahu ada pementasan teater lagi, aku berusaha untuk pergi jugak teater kali ini sebab aku tahu, ini hiburan terakhir untuk aku pada tahun ini. Lepas tu, kena concentrate dalam SPM aku tu.

Bersyukur sangat-sangat sebab semua yang aku hajatkan dan harapkan boleh dikatakan 90% aku dapat masa teater tu.

Alhamdulillah. Allah kabulkan kebanyakan daripada permintaan dan harapan aku :



1.Aku harap sangat aku sampai awal supaya tak perlu line up panjang-panjang.


2. Aku harap aku dapat front row seat (seat depan sekali).


3. Aku harap kedudukan seat aku tu adalah arah yang akan dipandang oleh Bob secara kerap semasa dia berlakon.


4. Aku harap pementasan SHORT EYES ni berlangsung dengan sempurna untuk semua pelakon RAT.


5. Aku harap sangat aku sempat jumpa Bob lagi.


6. Aku harap Bob kenal dan ingat aku.


7. Aku harap sangat dapat snap gambar dengan Bob lagi.


8. Aku harap sangat Bob suka present yang aku beri tu.


9. Aku harap aku dapat enjoy sangat moment tu.


-Aku bersyukur sangat tak terhingga sebab Allah grant all of those wishes of mine :)







Belum ada rezeki untuk :

1. Snap gambar dengan Tiz Zaqyah. Aku suka tgk muka dia yang cute tu ! 
    Tak sempat, sebab kejap je dia dah balik :(


2. Snap gambar dengan Remy Ishak. Dia balik cepat.


3. Snap gambar dengan Scha Al Yahya. Dia balik cepat.


4. Mendapat outcome photos yang disukai. Kebanyakan gambar-gambar yang di-snap agak buruk :(


5. Yang paling sedihhh sekali ialah aku tak dapat jumpa 
   Beto Khusyairi lagi untuk snap gambar dengan dia! Sedih dan sedih. Dia tak jadi join short eyes :(







SINOPSIS SHORT EYES : CLICK !





INI AKU PUNYA CERITA :
Rumah Anak Teater bikin wayang tentang dunia penjara. The experience of watching this play is quite intense. Because I was sitting at the front row seat and aku rasa aku betul-betul dekat center. Duration pementasan ini aku rasa agak pendek. Aku rasa macam cepat habis sahaja.
  
Dialog dia agak best ! haha. Menunjukkan realiti jugak lah, kerana memang berlaku ketidakadilan dekat dunia sebenar kita ni. Cuma kebanyakan daripada kita dibutakan oleh mereka.


Yang tak logiknya banduan-banduan punya kasut agak updated ! Converse ada, sneakers ada ! :P


Lagi satu, banyak sangat rokok yang dihisap oleh para banduan tu. Setahu aku, banduan ni memang dilarang untuk merokok sesuka hati. Jika ada di antara banduan-banduan yang ingin merokok, mereka perlu behave dengan sangat baik untuk mendapatkan sebatang rokok. Ada buku rekod banduan punya perangai lah kiranya. Tapi itu penjara kat luar negara. Dekat Malaysia aku tak tahu :) 


Biasa lah tu kan, ada tak logik sikit-sikit.haha.


Ending cerita ni sangat mengerikan kerana Bob dikelar oleh banduan penjara yang lain. Tak ingat siapa. Aku rasa Paco yang dilakonkan oleh K'n. Bob ni diletakkan di atas meja, dipegang tangan dan kakinya oleh banduan lain. 


Mata Bob masa dah nak "mati" tu pandang ke arah center audience. Aku lah tu. Pehhhh !! Seram + sedih + tak sampai hati aku nak tengok Bob dibuat macam tu ! Dah lah Bob pandang aku masa nak "mati" tu. 
Serious aku ngeri! Kalau orang lain aku tak ngeri lah. Bob je haha :))


Kemudian, Bob mengeluarkan darah dari mulutnya dan aku sangat takut 
kerana takut-takut manalah tahu darah tersebut terpercik ke arah aku kerana Bob betul-betul di hadapan aku. Aku berpakaian baju baru tu ! Hahaha :P


Next, I lovee this one script line which is said by K'n (PACO) that if one day I got out of this prison, the police will shoot me and says to the public that it was an accident. 
When K'n says that, I wanted to shout : HEL YEAHHHH !!  That's totally right bro! 


Sebab aku tau. Aku tau pasal orang yang tak bersalah pernah dibunuh kerana polis bodoh tu ingat dia penjenayah. Polis tu pun cakap dekat public yang budak tu memang penjenayah untuk cover salah diri sendiri yang bodoh. How stupid is that? Dah lah dia budak lagi. Aku kenal pulak tu. Grrr !
Maaf, aku tersimpang pergi cerita lain pulak. Haha, geram punya pasal.









APA KATA AKU :




NAM RON.
-Nam Ron punya performance sangat cool ! Nada ton suara dia tu sangat cool ! Watak dia ringan sahaja, so nak comment pun susah. Tapi he's a greaaaaat actor I know ! :)

 



 MERUL.
-Merul punya performance pulak sangat smooth. 
Cara dia sampaikan dialog dia tu memang boleh cair lah aku.haha. Dan, dia sangat kelakar ! Script line dia yang paling banyak aku gelak rasanya :D


Merul ni kalau bawak watak macam ni selalu memang jadi idaman gadis-gadis sedunia lah gamaknya ! 
haha ! :)






BOB.
-Bob punya performance pulak agak intense. Cara dia ceritakan tentang budak perempuan tu memang betul-betul dia rasa. Aku pun rasa. 


Tapi aku rasa Bob kalau bawak watak sedih ni dia macam tak rasa sikit. Tapi perasaan sedih tu ada lah. Aku percaya dia tengah sedih, tengah risau dan bercelaru fikiran dia. Cuma takde lah sampai aku menangis. 


Kalau Beto yang berlakon watak sedih ni, memang aku terasa habis. Conform menangis ! haha !
Tapi Bob masih lagi merupakan pelakon yang sangat baik. Pandai dia cari mood nak luahkan perasaan dia tu :) 


Feel marah Bob ni pun aku memang boleh rasa. Masa dia jerit-jerit tu takut jugak aku. haha. Bila dia rasa sakit kena belasah tu real. Bila dah nak kena kelar leher dia tu pun sangat real ! Seram ! :))






 FIZEE.
-Hafizee pulak memang sangat adorable dan muka dia sangat innocent untuk jadi banduan. Memang the most innocent prisoner award aku bagi kat dia lah ! haha.


Kalau boleh, aku rasa macam nak lepaskan dia je dari penjara tu.haha. Aku tahu kebanyakan daripada viewer SHORT EYES mesti angau kan watak Hafizee ni haa. Cupcake !! Akan melekat sampai bila-bila pun nama watak ni dekat dia, haha :))


Masa Paco nak goda dia tu, gilaaaa kesian lah aku kat Cupcake tu. Aku rasa macam nak selamatkan dia daripada kena ngappp dengan Paco tu cepat-cepat :D








K'N.
- K'N punya performance as a gay/sexual harassment towards guys memang jadi ! Naik bulu roma.haha. Dalam banyak-banyak orang, dia lah yang paling banyak smackkk Cupcake punya ass :))


-K'n ini pun memang sesuai bawak watak as a pembelasah ! Dengan jeans jacket dia lagi tu, haa, memang sesuai ! haha.
Aku suka dia dari cerita GADOH lagi ! Cara dia cakap tu haa yang best :D









MUKA-MUKA YANG AKU ADORE ! :)




 I likee to pose with this kind of thangg ! :)) SHORT EYES? Arah sana !



 
 The man of SHORT EYES ! Tuan direktor dan penulis skrip yang hebaaaat ! :)




 Bubu with Ayam yang hot hot heat ! Auwwww ! :D



 Fizeee the adorable Cupcake!! Look at his face. 
Awww, aku nak lepaskan banduan ni. Tolong lah, boleh tak? haha :)


 Nam Ron yang sentiasa menjadi orang yang aku look-up-to as a seni man :)
 Kalau tengok dia berlakon jadi ustaz, sure cair ! Macam Bubu tu haa :P






 Fikhree Bakar datang tengok SHORT EYES ! Alaaa, yang berlakon cerita "Puteri Plastik" tu !




Aku sentiasa adore deep voice dia tu. Hot :)


 Bubu cuak bila tiba-tiba Merul hilang !
Ingat dah balik. Rupanyaaa
Jeng jeng jeng!
Merul ditarik keluar oleh Ayam bila aku tanya Ayam di manakah Merul. Thanks Ayam ! :)







 YES ! INI SAZZY FALAK the beautiful + prettyyy lady ! 
Aku rasa nak bawak dia balik je and jadikan dia my own piece of barbie! Cutee gila !
And dia sangat baik. Tak stuck up langsung.
She hugged me and said I love you to me ! :)




 Bubu pakai high heels, jangan ingat Bubu ni tinggi sangat :P




  Misi aku untuk buat dia ter-opocot berjaya ! yesss ! 
Ini dia muka budak chubby lepas kena dengan aku. 
Ya, Allah ! Kelakar gila tengok dia blush ! 
 Haha, sorry Bob! Kesian pulak lepas tu :))





 Thanks for the talk :)





 I gave him chocs. Nak tahu chocs apa, tanya lah dia,haha  :)
And esoknya aku dapat tahu choc aku kena baham dengan Cupcake ! 
Fizee serang chocs yang aku beli khas untuk Bob :)))
Nanti aku serang dia balik guna penyapu. Tunggu Fizee! hahaha :P





Aku sangat sangat bersyukur atas segala kurniaan mu ini , Ya' Allah  Ya' Rahman Ya' Rahim  :)


And ohh ya. Lupa nak bagi tahu. SHORT EYES by RAT hebaaaat ! Kenapa ?
Sebab the whole RAT team yang involve in SHORT EYES hebat ! 
I loveeeeeee you guys :)