Saturday, 30 October 2010

Perkara Bahagian Satu / Things Part 1

Assalammualaikum.
Hi.





Perkara yang kau mungkin tak faham atau tak tahu tentang aku.

Things you might don't understand or might not know about me.





1. Aku tak suka basuh kasut sekolah aku.

Ya, dengan ini aku nak bagi tau seluruh dunia yang aku memang tak suka basuh kasut sekolah aku.
Kenapa ? 
Itu memang "prinsip" aku sejak kecil. Aku tak suka jadi terlalu formal. 
Tengok kasut orang lain yang bersih dicuci dan putih berkapur tak menarik minat aku pun. 
Tak ada siapa pun kat sekolah tu aku nak pikat dengan kerajinan aku membasuh kasut sehingga bersinar lagi putih.

Penat aku mendengar bebelan orang yang selalu tegur aku. 
"Ishh kau ni. Kasut tak basuh. Pemalas !"
Kau cakap lah sampai berbuih mulut pun aku takkan serap kata-kata kau tu.
Bukannya malas, tapi aku tak suka nampak terlalu rajin dan nerd.
Pelik ? Haa, aku memang macam ni. 

Tapiiiiii dengarkan ni ! Aku cuma tak suka basuh kasut sekolah sahaja. Kasut yang lain aku jaga dengan rapi. Tak percaya bak mari datang rumah aku. Nampak ? 
Bukan sebab aku MALAS YA CIKGU DAN KAWAN-KAWAN yang "tercinta" Yuck.



2. Will be a sensitive person if someone dies.

Close or far. 
Celebrity or family. 
My pets or wild animal.
Schoolmate or best friend.
It will still counts !

It doesn't matter whether it's a human or an animal. If I love em, then I will cry. The amount of tears will depends on how much I love em.
It's a big matter to me. So, if you care about me, just go with the flow. Don't worry too much that I am sad at that very moment. The sad will fly away by itself one day. Just bare with me. Okay loved ones ? <3 


A big warning to all the people around me : 
Don't ever, I repeat DON'T EVER make fun of the people / the animal that just died. 
I'll be so pissed at you and will probably hateeee you :)



3. Anti Orang Berjiwa Panas Baran.

Adakah anda seorang yang berjiwa panas ? Ya ? 
Dengan segera saya nasihatkan anda jauhkan diri anda daripada saya. Benci yang amat aku pada orang berjiwa panas baran ini. 

Mendiskriminasikan ? Mungkin juga, kerana seboleh yang aku minta pada Allah ialah tidak menjodohkan aku dengan orang yang panas baran.
Sorry si panas baran ! :P


4. Friends can't ditch me.
Once we're friends, no matter what problem that may come between us, I will alwaysssss love my friends.
I don't want to leave them and they can't leave me. Only death can come between us.

That's why I'm kind of a picky person when it comes to friends. 
If I like you, then I will be your friend. If I hate you, then I can't be friends with you :)


So dear friends, I will not let you go until I die ! Sorry <3




That's it for now peeps.
Yeah, that's who I am. Take it or leave it :)






Aku dah malas nak kisah pasal komplikasi. Aku nak buat macam tak ada apa yang berlaku dan terus ketawa !

Qistina Ariff xx

Friday, 29 October 2010

Bebaskan.

Assalammualaikum.
Hi.

Bosan.
Aku bosan. Bosan tahap dewa barangkali. Asyik duduk rumah mengadap muka buku je tak sudah.
Aku nak keluaaaaar ! Tapi transport tak ada. 
Semua orang dalam rumah ni jahat.Tak ada yang sudi nak tolong aku setttle kan dilemma bosan aku.haha.
Siapa nak bawak aku jom lah? :P

Pergi je lah sekolah. Kau tu kena belajar. Kau budak SPM!
Sekolah ? Pergi sekolah lagi bosan. Cikgu tak masuk kelas. Budak yang datang pun 7, 8 kerat je.
Baik tak payah datang kan? Haa.. Aku rasa ramai budak kelas aku terasa macam budak yang dah habis PMR kot. Tu yang seminggu sekali je datang. Tapi aku baik. Aku datang DUA / TIGA kali seminggu :)


Aku nak bebas ! Bebas dari kurungan kebosanan ini !
Rutin setiap hari tak berubah. Penatnya aku bila bosan.
Terfikir macam-macam benda aku nak buat. Tapi masih belum terbuat lagi.
Siap ada list lagi. Kau doakan aku semoga aku dapat buat semua yang ada ni ya? <3

Aku nak pergi lepak dekat Taman Botanic, aku nak lari puas-puas.
Bukan lari dari rumah. Lari sihatkan badan :)
Aku nak pergi hang-out. Rindu habis dah dengan BFF aku ni. You know who you are :D

Aku nak buat cupcake. Aku nak makan banyak-banyak biar aku gemuk ! haha :)
Aku nak pergi swimming dengan abang aku. Kalau pergi sorang-sorang tak selamat. 
Banyak buaya tak handsome yang gatal kat sana.

Aku nak karaoke dengan manis-manis aku sampai serak suara.
Aku nak pergi waterfall. Aku nak rasa sedikit green action. Aku nak teroka dunia ciptaan Allah SWT :)


Aku nak pergi mana-mana pantai yang cantik. Rasa macam bertahun lamanya tak pergi.
Aku nak merasa main pasir pantai. Aku nak buat castle besar-besar, lepas tu pura-pura jadi giant yang nak musnahkan castle tu.


Aku nak naik jetski. Aku nak rasa thrill !
Aku nak terbang naik benda yang macam skydiving tu tapi dekat beach. Apa eh namanya ? Lupa.

Aku nak ada girl's day out dengan Shudi and Wanee.
Aku nak bercerita dan mendengar cerita dan spend time dengan diorang puas-puas.
Aku nak main chubby bunny dengan Izham, Yol dan Syahmi. Aku nak kalahkan diorang lagi.haha.
Aku nak.......
Ahh, sudah lah. Kalau banyak sangat nanti tak terbuat pulak. Cukup sampai sini lah dulu :D



Bila aku dah bebas, aku takkan merungut lagi. Jangan main-main. Bila aku merungut tak sudah, kau akan rasa macam nak cekik aku nanti. Bahaya. Haha.

Saturday, 23 October 2010

Dengarlah wahai Maha Pengasih.

Assalammualaikum.
Hi.
Hati ingin berpuisi lagi. Izinkan aku ya ?


Dengarlah wahai Maha Pengasih.
Aku melihat kalendar bertukar hari.
Aku melihat jam dinding bertukar waktu.
Mengapa lama benar?
Seperti menunggu siput berjaya mengelilingi tanah Malaysia.

Jiwa meronta menunggu sakit ini berlalu untuk pergi.
Tapi terasa seperti ada yang melambatkan waktu berputar.
Menunggu sehari selesai seperti menunggu setahun selesai.
Ini bukan kisah cinta berjiwang karat.
Ini kisah hidup yang terpaksa ditelan.


Aku letih menangis dalam diam.
Aku letih menahan carut di dalam hati.
Aku letih berpura-pura tidak merasakan benci ini.


Cepatlah siang bertukar malam,
cepatlah tahun bersilih ganti,
cepatlah masa berlalu,
terbanglah laju biar tak terasa sakit ini.

Dengarlah wahai Maha Pengasih,
kurangkan kesakitan yang melanda dia,
kurangkan lelah tangis dia,
lindungi lah dia dari mereka.
Kernaku terlalu sayangkan dia.


Dengarlah yang Maha Pengasih,
sedarkan hati mereka,
lembutkan hati mereka,
pulihkan hati dan otak mereka yang diselaputi penuh dengan hasutan syaitan.

Mereka tidak berhati perut.Aku marah. 
Aku mahu lontarkan carutan.
Aku mahu mencekik lehernya biar henti kerja kotor mereka.

Dengarlah yang Maha Pengasih,
sabarkan jiwa berapi aku,
pujukkan marah hati aku,
tenangkan jiwa sedih aku.
Tolong dengarkan aku ya wahai Maha Pengasih?









 P/s Tiada yang lebih sudi mendengar luahan derita hati kau selain dari Tuhan kau.


Qistina Ariff xx


 

Friday, 22 October 2010

Penakut.

Assalammualaikum.
Hi. 

Hari ni aku rasa virus jiwang dan virus emo dah serang hati aku.
Lagu yang hebat ini diulang-ulang dan aku ikut nyanyi bersama.
Dan sekarang, lagu ni nak dibuat lagu rasmi blog ini. 
Oleh sebab aku sayang kau semua, aku nak hasut kau dengar lagu ni juga :)

Sedih lagu ni. Hampir nangis mungkin. Ada kena mengena dengan aku? 
Haha, mungkin ya. Mungkin tidak. Ahh kau tak payah sibuk-sibuk. 
Hoishh dengar je lah lagu ni cepaaaat :D






Tak semua kau rencana kan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta


Mungkin lebih baik kau ku lepas saja
Oh ini tidak adil tidak adil baginya
Oh ini tidak adil tidak adil bagiku
Oh ini tidak adil
Untuk kau bertanya jika ku mencintaimu juga

Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucapkan tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah kau cuba ringankan


Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku

Semakin lama, lagu Yuna ni semakin amazing. Syabas Yuna. Semakin aku suka music kau :)
Qistina Ariff xx 

This is why I love South Jordan band .

Assalammualaikum.
Hi.

Cerita gembira ? Hah ! Kan aku dah cakap, mesti ada. 
Mari, bak baca ! :D 









See ?
They made a video for me and a few of other fans who had promoted their acoustic Live show on stickam via Facebook. 

The first time I played this video, I screamed my lungs out like a crazy girl who's going nuts ! hahaha. I'm soooooooooo over the moon right now. Yippy ! :D

Lucky ? Alhamdulillah ( Praise to God )


Thank you my SoJo boys. You guys are just soooo sweet and nice and funny <3
Here's the link of a video that they've made for me, if you wanna check them out. You should ! -CLICK HERE !

Aren't they adorable ? I just want to pinch them on the cheeks ! haha :D 

But sadly, Mikey can't be in the video coz he's in Malaysia ! 
He's having a knee surgery due to his injury during a basketball game.
Ohh, how I wish I could see him.
Get well soon Mikeyyy ! 

Chop,Chop ! 
Who's this South Jordan band that your talking about?

You don't know who they are ? Wow, you've missed a lot of fun peeps !
SOUTH JORDAN is one of my favourite band in the world ! 

The band was formed at the Indiana University, Bloomington, IN, America. 
One of the band member is from my place, Malaysia
Yeap, you heard me, Mike Chan is from Malaysia ! He's my hero :D

My SoJo boys was introduced by one of my bestfriend forever, IZHAM in 2009 I think. Thanks Iz :D
They're music are just soooo amazing ! 
Michael's voice can just melt you off of your feet man!

They're such a sweetie coz they always remember their fans ! To know that these boys appreciate you as a fan just make you go awwwww :)



ARE THEY POPULAR ? 

This band is getting more and more popular nowadays as their music is spreading all around the world now.  

America ? Malaysia ? Germany? Korea ? Yes ! You name it :)

And last June 2010, they signed up under Island Def Jam label. FINALLY ! wohooo!
You know which singers are under this label ?  
Rihanna, Jay-Z, Justin Bieber and many moreee
Click here to see more artists who's under this company -CLICK HERE
I'm soooo proud of my SoJo boys ! 
They deserve to be notice by the world coz their music is just so amazing! 


Seriously, you guys should check out they're page now!

SOUTH JORDAN FACEBOOK FAN PAGE - Click Here !

Thank you again for making me a video. I love you ! :)





 Bobby, Michael, Greg and Mikey ! :D



Greg, David, Michael, Bobby, Mike <3 


Here's one of my favourite songs from my SoJo boys !

Every time I see this video, I'll be all teary in the eyes, coz it's just hard to see Michael sad ! Seriously man :D

My SoJo boys are just so sweet,charming,amazing and this is why I love them.You should too ! :)




Qistina Ariff xx

Monday, 18 October 2010

Magic terhebat.

Assalammualaikum.
Hi !


Sabtu dan Ahad.
Salah satu hari yang paling gembira yang aku pernah lalui. 

Dengan tiba-tibanya segala sakit dan luka hilang dan pulih dengan sendirinya.
Hebat ? Ya, Alhamdulillah.
Nak tahu macam mana ? Aku pun tak tahu.
Macam ada magic yang berlaku.
Magic yang tidak melibatkan arnab melompat keluar daripada topi.
Magic yang tidak melibatkan tipu helah atau tricks yang bodoh.
Magic yang buatkan kita semua macam dulu atau mungkin lebih rapat lagi.
Yang aku tahu sekarang aku dah boleh senyum lebar dan ketawa macam orang gila yang happpyyyy ! 

Terima kasih, S. 
Ya, mungkin aku tak kenal kau sedalamnya lagi. Aku sedang cuba ni.

Friends forever okay B,W,S <3
 



Untuk manusia-manusia malang yang terpaksa dengar cerita sedih aku, terima kasih.
Terima kasih Saffy, Shazzy, Faez, Izham, Afi dan kamu-kamu semua yang baca blog ni!
Sekarang bak mari cerita happyyy pula ! Woot :)

Wednesday, 13 October 2010

Mesin Gelak Penawarku Buat Sementara.

Assalammualaikum.
Hi.

Kalau ikutkan hati memang tak ada hati nak pergi berteater hari ni, sakit parah punya pasal.
Tapi memandangkan ticket dah booked dan Mama perlu menenangkan hati, aku pergi jugak.

Jujur aku cakap, aku tak gelak satu hari. 
Aku senyum pada yang perlu. 
Aku bagi senyuman fake yang ditampal kerana tak sampai hati nak ignore orang sekeliling di sekolah. 

Tapi tak lama tu ada juga orang-orang hebat 
yang terbuat aku gelak dan ketawa walau aku sebenarnya memang tengah sedih.
Aku gelak ikhlas. Rasa puas sangat. 
Sebab aku tak biasa bersedih lama-lama macam ni. Serius aku cakap.

Terima Kasih banyaaak!, Izham my bff, Minnie my cuzzy, Ayam Fared si mengada !

Izham si evil little kid berhasil buat aku gelak sebab dia sengaja buat lawak yang sengal untuk buat aku senyum dan ketawa! Aww :)

Minnie a.k.a Shameen yang sentiasa faham point aku tu juga buat aku gelak. Dia yang buat aku lighten up sebelum masuk bilik teater tu. Buat aku semangat sikit tengok teater tu :)

Ayam Fared si comel yang memang suka menggedik,
buat aku gelak terbahak-bahak bila dia mula mengada kan dirinya. Katanya dia menyampah tengok muka aku sebab aku tak bagi coklat dekat dia,haha. Tamak haloba namanya tu. Dah dapat CJ7 sudah lah :))

S si manis juga buat aku happy kerana aku dapat 3 missed call dari dia. Even aku sempat cakap 19 saat je, aku happy dapat dengar suara dia yang comel tu :)



Pementasan Banduan Akhir di Sel Akhir.

Kali ni cerita nya lebih santai sedikit berbanding Pementasan Shorteyes yang lebih ganas dan lebih simple berbanding Pementasan Tanda
Aku, Bubu, Mama, Minnie dan Cik Na(Minnie's mom) hadir di MAP pada hari ke-4 pementasan. 

Crowdnya agak sedikit, mungkin kerana itu hari kedua terakhir ianya dijalankan. Baguslah, tak ada lah terlalu packed dan aku dapat seat depan ! Yay!

Jalan cerita dia agak menyedihkan kerana aku tiba-tiba teringatkan arwah Minul
yang telah pergi akibat kebodohan pihak berkuasa yang hopeless. Selepas pementasan ini aku harap lebih ramai orang akan membuka biji kornea mereka dengan luas untuk melihat bahawa hukuman gantung ini tidak boleh dipandang remeh.

Harus dan wajib pementasan seperti ini berkembang dan dikenali oleh orang ramai. Ini cerita sebenar. Bukan main-main. Sedih bila kita dah tak boleh beza yang fakta mana betul,  fakta yang mana salah, . Orang yang diharap seperti pihak berkuasa pula kadang-kadang tak boleh diharap. Aku sedih, marah, semuanya ada. 

Kau tak faham maksud aku ? Tak apa, bila kau dah rasa nanti, kau akan tahu yang pihak atasan tidaklah seinnocent yang kau sangka. 
Tak faham lagi ? Tak apa.


Dapatkah Banduan Akhir Di Sel Akhir Menjadi Gula-Gula Kapas ku ?


Mula-mula aku tak berapa yakin kerana it was a not so good day. Bob bagitau aku dia tak dapat hadir, ada kerja. Ya, aku menyesal instinct aku tu betul-betul terjadi. Tapi, takpe there's always next time kata Beto Khusyairi kepada aku bila aku juga tak dapat berjumpa dia.

Duduk saja dekat seat bilik teater tu, terdengar suara yang amat familiar. Suara Ayam! 
Ahh, comel saja walaupun dia cuma umumkan perkara basic 
seperti matikan telefon bimbit bla bla bla..
Aku ? Dah start senyum dan ketawa lebar ! :D

Aku tak sangka Ayam ada. Ingat dia tak ada sebab skrip pementasan bukan ditulis oleh dia. Kalau aku tahu, aku dah bawa hadiah buat dia. haha biar dia tak jealous/ pura-pura jealous :))
Haa. Memang pementasan ni dah jadi gula-gula kapas aku ! Alhamdulillah.

Malas aku nak cerita panjang. Aku takut kau menyampah je nanti, hahaha ! Kidding :)
Tengok je lah gambar yang tak bergerak di bawah ni! :D




 


Cool sangat sangat toilet di sini. Shopping mall di serata Malaysia kena tiru cara ni! Sungguh artsy ! :D



Dinding-dinding di sini penuh dengan seni. Ni favourite aku ! Harganya RM7800. 
Bila agaknya aku mampu nak beli? haha :D

Ini dia pasangan romantis terhebat ! Bubu dan Ayam ! Macam Ashton Kutcher dan Demi Moore tak ?
:P




Xavier Fong ! Hari tu masa Short Eyes tak sempat bergambar dengan dia. Oho ! 
Sangat comel dia dalam pementasan ini. Dalam Short Eyes aku seram tengok dia yang terlalu singa ! Haha :) 
Masa nak bergambar dengan dia, dia ikut gaya dan habit aku yang suka terlompat semasa berposing.
Lagi aku rasa dia ni comel. hahaha :)





Saiful Razman! Ini dia yang aku kata dalam previous post tu. Masa tu aku kata dia nampak interesting kan ?
Jumpa depan-depan lagi interesting ! Watak dia agak menggarangkan.
Aku rasa macam nak tengok dia berlakon lagi walaupun masa tu aku hanya tengok dia beraksi tak sampai lima minit dialognya :)



Haaa. Agaknya ini muka dia tengah in character. Itu pasal lah agak scary. haha :))
Tapi dia baik don't worry :)








Hahh ! Ini lah Ayam ! Suka buat aku gelak dengan kegedikkan dirinya. haha.
Thanks Yam. Walaupun kau takde intention pun nak buat aku happy :)






Hoishh ! Teringin benar aku nak main jalin-jalin rambut kau ni ! Serius doh ! :))








Dira ! Terima kasih layan aku eh ? Aku saja je tanya pasal anak kau, sekali macam-macam kau cerita ,haha. Thanks.
Comel kau ni ! Sebab kau lah aku teringin nak ada motor besar macam harley tu. 
Nanti dah besar serius aku nak beli ! :)






Hot gila kan ? haha jom jalankan sexual harassment dekat gambar ni! Hahaha. Kidding ! :P



Looks fun ? It is fun :)
Aku dah boleh start senyum yang bukan ditampal dan gelak yang bukan dipaksa hari ni.
Sakitnya masih ada, belum boleh hilang. 




Aku rindu kau S and W.
Qistina Ariff xx

Please, I'm begging.

Assalammualaikum.
Hi.

Yesterday, was an awful, painful day. I never felt so sad in my life. I never had a break up with a friend before. That's why it's so hard for me. How can I let go of all the things that we had ? It's worse than a break up with a boyfriend. Why ?

After a break up with a boyfriend, we'll run to a friend.
After a break up with a friend, who do we run to ?

If I can let her go, then I will.
But I CAN'T and I COULDN'T !
I never knew that I'm so attached to her.
I never knew that if she would leave me one day, I would hurt this bad.
I cried myself to sleep yesterday, coz it hurts and the tears just won't stop. 

The next day, which was today, I had to sit for a TRIAL EXAM.
Just imagine how I felt.
I've been crying for hours, slept late at night and 
I had to sit for two papers which I can't focus on today.

The total time of both papers : 3 hours and 45 minutes
The longest time of my life. I just can't wait for it to be over.

Didn't had a good night sleep, I can't focus and this exam is so important to me.
Can you picture that ? Do you know how it'll feels like to hurt this way ?
 






Sakit.Sangat.
Qistina Ariff xx

Tuesday, 12 October 2010

Luka dah semakin parah.

Assalammualaikum.
Hi.


Ini kisah hidup sedih aku lagi.
Kepada sesiapa yang cepat berasa bosan, lebih baik ignore saja post aku kali ini.
Harap maklum.




Ingat lagi tentang salah dua orang best friend aku yang dah tak sehaluan lagi?
Kisah ni menjadi bertambah lagi parah hari ni. Luka dah semakin membesar.
Dah macam Perang Dunia ke III !
Puncanya ? Salah faham. Aku benci kau salah faham


Kau ni Encik Salah Faham, asyik nak salah je. 
Kau ni Encik Salah Faham, dah buat masalah kecil jadi besar 
bila hati manusia semakin bercelaru.
Kau ni Encik Salah Faham, dah buat gembira bertukar sedih.


Hari tu, W sudah mula boleh terima keadaan ni. Dia rela tetap berkawan dengan aku dan B. Tetapi dia terima cadangan aku untuk hang-out tanpa S lagi.

Hari ni, kerana Encik Salah Faham, S nak tinggalkan aku dan B. 
Dia kata dia takkan lagi jadi S yang dulu. Dia mahu aku ignore dia. Dia mahu B ignore dia. 
Dia dah tak nak ada apa-apa lagi dengan aku dan B.


Tak sangka aku sampai macam ni sekali jadinya. Aku tak salahkan sesiapa. 
Aku nak salahkan Encik Salah Faham je. 
Ini dugaan untuk aku, B, S dan W. 
Ini yang akan jadikan kita membesar dan berfikir dengan lebih matang. Aku terima ujian ni.



Tapi tolonglah dengar S. Tolong lah dengarlah W.




Aku takkan pernah nak tinggalkan kau berdua.
Aku takkan pernah mahu,
aku takkan pernah izinkan,
aku takkan pernah rela,
aku takkan pernah setuju.
Walaupun apa-apa, kenapa-kenapa yang terjadi,
aku takkan split dengan kau berdua sampai bila-bila !
Kau dengar tak ni ?


S sayang,


Kau nak ignore aku ? Aku takkan berhenti membebel dekat  kau macam dulu.
Kau nak elakkan diri daripada aku ? Aku akan ikut kau.
Kau nak lari ? Aku kejar.
Kau nak marah aku ? Aku terima.
Kau buat lah apa-apa pun.
Kau ada kekurangan ? Aku pun ada.




Kau ingat apa yang kau buat ni boleh selesaikan masalah ke S ?
Kau nak bersusah hati biar orang lain lebih gembira ?
Kau salah di situ.
Kau ingat aku boleh gembira bila kau tinggal kan kita orang macam ni?
Kau salah di situ.
Kau ingat aku boleh move on ? 
Kau salah di situ.
Kawan dengan boyfriend tak sama S.
Kau tak boleh  buat macam ni.


Setiap detik pun manusia buat salah. 
Tolong maafkan W, maafkan aku, maafkan B.
Kau dengan W kawan aku dunia akhirat.
Aku sayang kau berdua. TAKKAN BERUBAH. Titik.
















Kau berdua lupa ke masa kita gelak-gelak ?
Bila ada gelak-gelak, ada juga nangis-nangis. Baru complete hidup kita.
Sekarang ni lah kita bernangis-nangis.
Jangan lari dari masalah. Kita boleh selesaikan semua ni okay ?

Aku sayang, sayang sangat sangat kau berdua, S and W <3


Jangan banyak berfikir benda negatif.
Qistina Ariff xx

Monday, 11 October 2010

Gula-gula kapas buat jiwaku.

Assalammualaikum !
Hi :)


Langkah pertama  sudah hampir selesai ! Hampirrrr. 
Subjek terakhir hari Rabu ni - Tassawur :)
Lepas tu boleh lah menghirup oksigen sedalam-dalamnya dan bersandar buat sementara waktu. 
Harap-harap bila dah bersandar sebentar untuk rehat tu tak liat pulak untuk aku nak bangun balik. Masa dah semakin nazak ni !! 

Lebih kurang sebulan je lagi aku dan yang sewaktu dengan aku untuk
melangkah pergi masuk ke
medan perang,
gelanggang boxing,
pertempuran silat,
sangkar yang penuh dengan singa dan haiwan berbahaya.

atau

Some might say we're going 
straight to hell,
torture chamber,
life or death situation.


What ever you call it, you better bring the right weapons/survive skills.
Bila dah masuk sangkar yang penuh dengan harimau, takkan nak main tampar-tampar?
Bila dah masuk gelanggang boxing takkan nak guna skill tomoi?
Senjata dan ilmu yang betul perlu diapdatasi pada situasi yang betul.


Untuk trial ni aku rasa senjata aku belum cukup tajam. 

Kalau nak dipotong daging tu tak semua akan terbelah. Daging yang liat masih tak berjaya dipotong. Aku kena asah lebih sikit ni.
Semangat dah ada. Tinggal mood aku ni tukar-tukar lah zaman sekarang ni. Spoil betul timing
Kejap nak emotional, kejap nak  tengok buku pun dah menyampah, kejap aku termenung je tengok buku. Tengok memang tengok, baca memang baca. Tapi otak pulak melayang ke mana.


Kita tinggalkan kejap situasi menggigit jari, menarik rambut dan bergaru kepala bila nak jawab soalan terkebil-kebil. 

Mari kita berehat sebentar bersama pengisian jiwa dan minda yang tiada kena mengena dengan buku sekolah dan gred. Lagi best daripada berehat bersama kit-kat ! :)

Hari Rabu ni aku nak bagi jiwa aku gula-gula kapas. Huh macam mana tu? Apa yang aku maksudkan ialah aku nak buat sesuatu biar jiwa aku tak meronta-ronta akibat stress. Tak pernah pula orang makan gula-gula kapas lepas tu dia jadi stress kan? haha.

Aku nak pergi berteater lagi ! Yahoooo!

Pementasan kali ini : BANDUAN AKHIR DI SEL AKHIR.
Siapa anti-hukuman gantung angkat tangan ! Aku. Aku anti sebenarnya. Tapi kalau yang dah ambil nyawa orang tu aku terimalah sebab dalam Islam memang dah kata begitu. Nyawa diganti dengan nyawa. Cuma kalau jenayah yang tak ambil nyawa orang seperti dadah ke apa, aku tak setuju.
(Malas aku nak huraikan)









Tapi kali ni tak ada Bob ya adik-adik. Ada Cik Dira Abu Zahar sahaja. 
Bob kata dia tak tahu, tapi gayanya macam banyak kerja. Ahad katanya tak boleh, sibuk. Jadi aku ambil selain hari Ahad :P
Kalau pergi pun, one in a million untuk sama tarikh dengan aku, haha. 
But I hope he's there, insyaAllah :D

Dira, tak sabar aku nak tengok kau in action
Mesti ada banyak scene menangis. Aku dah lah tak boleh tengok Dira nangis, sedihhhh ! Tak sabar nak jumpa dia lagi. Hari tu tak puas :)

Xafier Fong pun ada. Ahaa ! Muka dia ni macam Cikgu BM aku - Cikgu Yarha :))
Aku juga tak sabar nak tengok karektor yang lain seperti - 
Saiful Razman ! Orangnya macam menarik, haha :D

Nak sinopsis ?
Nak tak nak, korang kena baca jugak :P

Banduan Akhir ialah sebuah penceritaan yang diinspirasikan daripada kisah sebenar yang dilalui oleh Yong Vui Kong, seorang remaja Malaysia yang berhadapan dengan Hukuman Gantung di Singapura. Pada tahun 2007, remaja lelaki Sabah berusia 18 tahun yang datang dari keluarga yang berpecah ini ditahan kerana memiliki 47 gram heroin dan dijatuhkan Hukuman Mati Mandatori. 

Sejak itu, Vui Fung, gadis Malaysia mulakan perjuangannya bagi membebaskan abangnya, Yong Vui Kong daripada tali gantung. Dalam jangka masa tiga tahun, gadis tersebut melalui banyak dugaan – berhadapan dengan pihak berkuasa bagi membebaskan abangnya. Sungguhpun demikian, bersama Ravi, seorang peguam hak asasi manusia di Singapura, kedua-dua mereka ‘percaya’ bahawa sesuatu boleh dilakukan bagi menyelamatkan nyawa Yong Vui Kong. Drama 50 minit ini waktu-waktu gelita Yong Vui Kong berhadapan dengan Hukuman Gantungnya RUMAH ANAK TEATER

Berminat ? Nak join aku dan orang ramai ?

Tiket atas sumbangan minima: RM 10 
Tempahan / Keterangan lanjut: 03-79552680 / amnestydptheatre@gmail.com

Mari-mari jangan malu malu ! 
Asyik tengok wayang je, 
apa kata tengok teater for a change :)




p/s : Rinduuuuu dengan Hazwani Jamil and Shudi Salleh. 
Hang-out jom ? Korang dah habis exam. Lepak lain-lain pun jadilah. 
Asal dapat lepas rindu ! :D


Take care darlings !
Qistina Ariff xx

Saturday, 9 October 2010

Inspirasi kedua. Woi, Baca ni kuat-kuat !

Assalammualaikum. 
Hi. 


  Hari ni aku nak pinjam satu puisi daripada salah seorang manusia yang aku support dan respect dalam dunia ni atas sebab cara pemikirannya, karyanya, hasil lakonanya dan atas sebab dia ialah dia
Bukan stereotyped kind of human. 
 
Sebelum aku kongsi puisi tu dengan korang, biar aku cerita sikit.

Kenapa dan mengapa aku respect dan support dia ni?

Sebab dia lah aku mula terpengaruh untuk minat dengan puisi, teater dan Bahasa Melayu itu sendiri. Dulu aku tak suka menulis dalam bahasa aku sendiri. Aku minat menulis dalam Bahasa Inggeris sahaja.

Bukan sebab malu, bukan sebab benci tapi sebab tak minat. Dulu aku sangat tak suka baca novel Bahasa Melayu. Aku tak suka cara mereka-mereka tu menggunakan bahasa. 
Rasa mengantuk dan bosan sangat-sangat.
(Kalau buku sekolah tu terpaksa)

Tapi masa tu aku belum terdedah lagi dengan hasil tulisan orang lain yang boleh membuatkan aku rasa Bahasa Melayu tu rasa menarik sebenarnya.
Seperti tulisan dia dan juga kawannya, Ayam Fared :)

Bukan sebab dia handsome. Bukan sebab aku suka tengok muka dia
Bukan sebab aku ni salah seorang supporter dia.
Bukan. Bukan sebab tu.


Isi kotak fikiran aku sedikit sebanyak memang selalu match/padan dengan kata-kata atau hasil tulisannya. Memang aku selalu pernah terfikir apa yang dia cuba sampaikan dekat blog/twitter atau mana-mana bentuk media pun. 

Bila aku baca je hasil tulisan dia mesti aku rasa macam nak laungkan kuat-kuat, 
YEAH ! TAU TAKPE DO!
Lepas tu aku terfikir. Kenapa orang lain tak pernah atau susah nak faham apa yang aku fikir ni?
Tapi dia macam boleh tembus dan baca fikiran aku? Freaky gila !



Boleh dikatakan 50% daripada pendapatnya aku setuju sebab aku pun memang fikir macam tu. 

Lagi 40% daripada pendapatnya aku setuju tapi tak pernah terfikir sebelum ni.
Lagi 10% daripada pendapatnya aku tak berapa nak setuju tapi aku masih boleh terima. 
Ambik kau! Aku siap buat calculation lagi ! haha.
 

Dia yang aku maksudkan itu ialah Encik Zahiril Adzim.
Siapa dia tu weh ? 
Ala, kau google lah sendiri :)
Percaya, tak percaya, dia lah salah seorang daripada inspirasi aku sejak dulu!
Like I said, dia lain daripada yang lain. Dia dan orang rapat di sekelilingnya juga.
Bukan stereotyped !
Aku pernah jumpa dia dan dia sangat lain. Susah aku nak cerita, kau kena kenal dia sendiri.
Yang aku tahu, aku takkan pandang dia macam artis/selebriti/pelakon lain yang tipikal.

Aku pandang dia seperti seorang manusia yang cuba sampaikan sesuatu
mesej/pengajaran/ilmu dalam caranya tersendiri.
Macam komik kehidupan yang boleh bergerak.
(Kalau wujud istilah macam tu)
Dia lain lain dan lain selain dari yang lain !

Err, kau faham kan apa yang aku cuba sampaikan ni?
Tak faham? Takpe lah, kau baca je lah puisi tu :)



Nah, akhirnya inilah salah satu puisi daripada dia. Banyak lagi yang aku suka,
tapi puisi yang ini aku suka baca kuat-kuat. Ada feel !




Zahiril Adzim - Woi, diam sajalah ya ?

Woi, diamlah kau diri,
soal cinta jangan ditanya lagi,
buat pedih kita sendiri!

Woi, diamlah kau mata,
jangan lagi kau tengok dia,
dia bukan lagi milik kita!

Woi, diamlah kau telinga,
jangan dengar namanya juga,
kita juga yang akan merana!

Woi, diamlah kau mulut,
jangan lagi disebut - sebut,
memang dia seorang pembelot!

Woi, diamlah kau hidung,
baunya saja buat kita termenung,
kita juga akan meraung!

Woi, diamlah kau tangan,
jangan terbayang jarinya yang ringan,
itukan cuma kenangan!

Woi, diamlah kau kaki,
jangan melangkah ke sana lagi,
kita tak mahu diseksa lagi!

Woi, diamlah kau hati,
tenang sajalah seorang diri,
sedang kau dizalimi!

Woi, diamlah diamlah diamlah..
jangan meronta,
jangan meraung,
jangan termenung,
jangan melalak,
jangan teriak.

Woi, diamlah!
aku mahu tidur,
aku mahu makan,
aku mahu kerja,
aku mahu berjalan,

Woi. diamlah!
aku mahu mandi,
aku mahu telanjang,
aku mahu kencing,
aku mahu berak.

Woi. diamlah!
aku mahu berkarya,
aku mahu membaca,
aku mahu menonton,
aku mahu berfikir.

Woi, diamlah diamlah diamlah!
Diamlah kaki,
Diamlah tangan,
Diamlah mata,
Diamlah hidung
Diamlah telinga,
Diamlah mulut.
Diamlah hati,
Diamlah diri.

Woi, diamlah kau jiwa,
jangan pernah putus asa,
ini semua takda apa - apa,
aku tahu ini kali kedua,
tapi buat kita lebih dewasa,
pedulikan dia yang tergila - gila,
dia pun tak tahu dirinya siapa,
untuk apa kita tunggu dia,
dia bukan lagi kita punya!

Woi,
Woi,
Woi diamlah..
tenang sajalah ya?
yang lain pasti ada.

Bukit Jelutong,
5.40 am,
14 September 2008.


Aku pinjam saja, bukan curi !
Lepas ni nak kena pulang balik dekat Bob :P




Gambar ni favorite aku ! Ya, lagi sekali aku pinjam.


p/s Banyak kali aku edit entri ni. Takut panjang sangat. Takut pendek sangat. Terkuranglah, terbanyak lah. Jangan-jangan ada orang yang tertidur bila dah baca separuh entri ni. Ahh sudah lah.


Jaga diri !
Qistina Ariff xx.