Friday, 23 December 2011

Esok! Esok! Mari BerHACKTICK!

Assalammualaikum.
Salam sejahtera.


Esok? Ada apa esok?




Nampak tak? Tahu tak? 

Jejaka-jejaka berbakat yang seksi bakal beraksi secara FULL BAND di KOMPLEKS SUKAN PANDAMARAN KLANG esok. Siapa? HACKTICK! band lah. Mana ada yang lain ;)

ESOK! 24 Disember 2011. 
Jam 2 petang.

DATANG TAU. Kita lompat sama-sama. Ya, PERCUMA.



Ini waktu pertama kali aku melihat mereka beraksi. HACKTICK sungguh.



Qistina Ariff xx


Monday, 12 December 2011

I'm still hereeee!

Assalammualaikum.
Hi.


How are ya'll doin' ? Yes, I'm still breathing. I still am, alive and healthy. Alhamdulillah.
I bet most of my readers have packed their bags and refuse to read this dusty blog of mine. I am truly sorry! But for every single one of you who has been creeping all over my blog even though I haven't been updating it, thank you. I promise, I'll try to update more :)


For the mean time.. Enjoy these videos if mine. 


This is the talented Azreel Azhar singing at Gravy Baby Cafe, Shah Alam. 








This is why I came at the Gravy Baby on the first place. To support me HACKTICK boys :)










One of the best nights of my life :)


More entries coming in a few days. Keep reading.
Qistina Ariff xx

Thursday, 22 September 2011

Hati dan jantung, tolong aku?

Assalammualaikum.
Salam sejahtera.


Perhatian kepada hati milik Norqistina Bt Noor Ariff:


Hati Dan Jantung, Tolong Aku?


Hati ini aku reserve-kan untuk superman yang bakal datang terbang 200km/sejam
bila masa terdetik di hatinya yang aku sedang berada dalam keadaan yang resah. Dan kuharap superman ini sopan sedikit dengan tidak memakai seluar dalam di luar seperti superman di dalam televisyen.


Jantung ini aku simpankan di dalam peti sejuk dahulu supaya jantungku tidak dimakan kuman ataupun diratah kucing yang lapar perutnya. Dan kuharap jantungku tak terhenti berdegup akibat kesejukan, lalu beku dan akhirnya tidak bisa berfungsi lagi.


Hati ini aku sorokkan di atas almari yang tertinggi supaya lelaki yang bisa binasakan ia tidak bisa menjahanamkan hatiku sesuka otak fikirannya. Dan akan aku buangkan sebarang tangga daripada penglihatan lelaki itu agar dia tidak bisa mencapai hatiku yang rapuh bagaikan biskut kuih raya.


Hati ini aku pasangkan pagar yang berarus elektrik agar jejaka yang mahu menghunuskan pisau ke arah ia akan tertiarap terkena kejutan elektrik. Dan kuharap pagar yang kupasang itu tidak menjadi seperti pagar yang memakan padi setelah padi mengharapkan pertolongan.


Hati ini aku sapukan minyak gamat cap Nyonya Rogai biar cepat pulih daripada calar-balar parah berdarah dahulu. Dan kuharap lukanya tidak menjadi semakin parah. Jika ada parut yang degil dan enggan pergi, kusapukan Bio Oil.


Wahai hati, wahai jantung.. 
Tolong jangan berhenti berfungsi! 
Maaf aku pernah biarkan jejaka sakiti kamu. 
Tolong berfungsi kembali. 
Tolong ya?






Destinasi: Atas katil
Waktu: Pada jam pagi-pagi buta sedang orang lain membuta.
Qistina Ariff xx

Saturday, 27 August 2011

Nenek, I love you.


Assalammualaikum.
Salam sejahtera.


Aku mahu cerita sedih sedikit. Izinkan aku ya?




Nenek kesayangan aku berada di hospital UM, PJ. Kerana terdapat masalah di ususnya. Operation telah dijalankan beberapa kali. Bila kupandang mukanya seperti tiada apa, tetapi sakitnya sebenarnya serius. Doktor bilang dia hanya anggarkan dua tahun tempoh hayatnya. 


Ouch. 


Sadis sekali bila hidup boleh dianggar-anggarkan begitu oleh manusia. Tapi, tak apa. Hidup mati ini merupakan kuasa mutlak Allah, tuhan yang Maha Esa.
Berdoa, berharap, berusaha. InsyaAllah Allah berikan yang terbaik buat kita. InsyaAllah ya? If God’s willing.
Ramai yang bertanyakan, pulang raya di mana tahun ini. 


Rayaku di hospital sahaja mungkin. Tidak mengapa, asalkan boleh menemani nenek yang tersayang. Satu-satunya grandparent aku yang masih hidup. Yang lain sudah pergi. Nenek yang selalu mengajarkan aku cara untuk hidup. Biarpun dia tidak bersekolah dulu kerana Jepun menyerang, jelas sekali nenekku begitu pandai sekali. Ilmu di dada begitu mampat. Solid.
Bila difikirkan kata-kata doktor tentang kesihatannya, lemah sekali jiwaku. Seperti tak percaya. Nenek mungkin akan berlalu pergi tak lama lagi. Sedih. Luluh jantung. Mencucuk-cucuk.
Aku doakan yang baik-baik sahaja buat dia. Apa yang bakal terjadi, Allah lebih tahu yang mana lebih baik buat kita semua. Belajar untuk tidak menyalahkan takdir. Lumrah manusia. Setiap yang hidup harus mati. Semoga dia tenang bila tiba masa dia pergi nanti. Semoga bekalan amalannya cukup untuk tidak menyakiti dia di sana nanti. Amin.
Nenek, I love you.


Qistina Ariff xx

Thursday, 11 August 2011

Mahukan itu.

Assalammualaikum.
Selamat sejahtera.




Mahuku berlari ke pantai, tinggalkan rumah sebentar.
Ketika hadirnya serabut di sekelilingku.
Mahuku baringnya sendiri di lantai pasir itu.
Kubisukan mulut, kupejamkan mata serapatnya, mencuba untuk melupakan kesialan.

Diam. Sepi.

Yang kedengaran hanyalah bunyi ombak memukul sesama sendiri.
Yang kedengaran hanyalah bunyi angin menari-nari mengusap mukaku, meniup bajuku.
Yang kedengaran hanyalah bunyi nafasku yang cuba untuk menghirup oksigen.
Untuk terus hidup. Untuk terus wujud.
Mencuba untuk terus terbang lalu terapung-apung di ruang angkasa.
Tanpa ada sebarang graviti mengikatku.

Tenang. Lega.

Aku mahukan itu. Sekarang.
Mahukan waktu sendiri. Tanpa sebarang mata yang melihat dan mengkritik.
Mahukan waktu untuk menikmati pemandangan yang tiada cacat celanya. 
Pemandangan yang dilukis dengan sempurna yang tidak dicemar manusia.
Mahukan itu. Boleh?



P/s: Tidak perlu menggunakan sebarang perosak diri untuk ketenangan.
Hanya perlu menikmati keindahan ciptaan-NYA. SubhanAllah.





Rindukan rumah lamaku di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu, Terengganu. Berjalan kaki sedikit sahaja, mata sudah dihidangkan dengan lautan luas.
Qistina Ariff xx

Sunday, 7 August 2011

A few easy peasy ways to get pahala even after death!

Assalammualaikum.
May peace be upon you :)

Okay, so I read this from one of my friend's post named: Akmal Hakim.
I feel like it'll be such a waste if I didn't share this with you guys. So here it is!

 Six easy ways to earn even after death.
1) Give a copy of Qur'an to someone. Each time one reads from it, u gain.
2) Donate a wheelchair to a hospital. Each time sick person uses it, u gain.
3) Participate in building a Masjid.
4) Place water cooler in a public place.
5) Plant a tree. U gain whenever a person, animal sits in its shade or eats from it.
6)And the easiest of all, Sharing this message with people. Even if 1 applies any of the above, u gain.

Fascinating isn't it? May Allah bless us all. Amin ya rabbal a'lamin..

Can't wait to do those 6 steps if I have the chance to do it. InsyaAllah. Take care lovelies!
Qistina Ariff xx

Friday, 5 August 2011

Alhamdulillah, ringan.

Assalammualaikum.
Sejahtera ke atas kamu!


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Muka surat baharu sudah boleh dimulai.
Lupakan muka surat lama itu.
Koyakkan ia, kitar semulakan ia, lupakan ia, biarkan ia.

Alhamdulillah sekali lagi.
Terasa seperti bertan-tan pemberat telah diangkat daripada hati.
Pemberat ini tak sepatutnya melekat begitu lama,
dan mungkin tak sepatutnya wujud.

Apa guna pemberat ini dibawa merata-rata seperti orang bodoh.
Mengapa pemberat ini wujud pun aku sudah kurang jelas kerana halnya begitu remeh.
Alhamdulillah, syukur pemberatnya sudah diangkat.

Kalau gravitinya tidak wujud, mungkin jasad ini sudah terbang tinggi.
Terbang tinggi melepasi langit, bersentuh dengan awan.
Alhamdulillah, tubuh ini dan segala isi di dalamnya sudah berasa ringan 
kerana sudah bebas daripada pakej resah, marah dan sedih :)







Syukur.
Ogos 5, 2011
Qistina Ariff xx



Monday, 1 August 2011

Bukan setakat lapar dan dahaga sahaja ya?

Assalammualaikum.
Selamat sejahtera.

Bulan Ramadhan bakal menjelma lagi! Bulan yang ditunggu-tunggu. Alhamdulillah. Semoga segalanya berjalan dengan lancar nanti. Harap-harap ibadah puasa kita bukan setakat merasa lapar dan dahaga sahaja ya? Marilah sama-sama kita berusaha sedaya-upaya untuk melipat gandakan pahala kita. InsyaAllah, amin ya rabbal a'lamin ;)

p/s; ada tiga perkara aku nak sampaikan:



1.Sila ikut arahan mudah ini.


Via Tumblr :)




2.Meh follow blog ini yang dilahirkan oleh Mohd Jayzuan, salah satu penulis kegemaran saya!

Inspirasi aku ini akan menghasilkan entri-entri sepanjang bulan Ramadhan ini. Kata-katanya memang A++. Tak rugi kalau kau jenguk, insyaAllah ;)





3.Kata-kata.
Ini untuk manusia-manusia yang mungkin pernah ada perselisihan faham dengan aku. Dah lama aku nak sampaikan, tapi tak tersampai:

Semua sakit telah aku lepaskan, semua dendam telah aku hilangkan.
Semua yang berlegar ketika itu, aku tak ingin rasa lagi.

Kalau memang aku salah, aku mohon lebih berjuta kemaafan daripada kau.
Aku harap kau terima dengan pintu yang terbuka seluas-luasnya.

Kalau tak diterima, aku faham dan mengerti. 
Akan aku tunggu sehingga diterima walaupun memakan sejuta hari.
Kalau pun kau salah, memang dah lama aku maafkan, cuma tak disarankan kepada kau kerana ego menghantui diri.

Mari mulakan muka surat yang baru, 
koyakkan muka surat lama lalu dikitar semulakan muka surat itu.
Ya?
:)


4. Buku Bogel Menuju Tuhan.
Siapa yang masih belum dapatkan, jangan lupa dapatkan buku ini! 

Di mana? 
MPH bookstores dan Kinokuniya di KLCC !

Belian secara online:

Book page yang dihandle oleh aku. Meh lah tanya soalan di situ, kalau boleh dijawab, akan aku jawab, insyaAllah :)
   


Selamat berpuasa kepada semua umat Islam tak kira bangsa, bahasa, warna kulit dan adat! Kita tetap bersaudara walau di mana pun kita berada selagi kita sesama Islam. 



Jaga diri.
Qistina Ariff xx

Friday, 15 July 2011

Pada ketika itu dan detik itu.

Assalammualaikum.
Salam sejahtera manusia-manusia. 
Rindu nak melepaskan sawan menulisku. Izinkan aku ya? Terima kasih.




Pada Ketika Itu dan Detik Itu.


Dan kumasih ingat,
pada ketika itu dan detik itu,
aku lah budak mentah yang hanya mahukan kegembiraan.
Yang tidak letih memikirkan tentang duit, harta dan kebendaan.
Yang tidak membebankan fikiran tentang pandangan manusia lain.
Yang aku tahu, aku mahukan rasa gembira itu.
Yang aku tahu aku mahukan senyuman itu hiasi bibirku.


Pada ketika itu dan detik itu,
berbaring aku di lantai yang diselaputi oleh tanah dan rumput. 
Mendongak melihat langit biru yang tertampal awan putih yang berupa dinasor dan raksasa.
Sambil ditemani angin yang menari-nari di udara.




Bila sampai musim abang pemotong rumput datang, 
pada ketika itulah, pada detik itulah, 
waktu girangku akhirnya tiba.
Selesai si abang pemotong rumput menjalankan kerjanya,
aku datang berlari-lari bermain dengan helaian-helaian rumput yang bertaburan.
Kugenggam gumpalan rumput dengan tangan kecilku, 
kulepaskan setinggi-tinggi yang kubisa ke udara.
Kuanggap helaian-helaian rumput yang jatuh membelai mukaku itu salji putih yang turun dari langit.




Bila ku dimarah ibu kerana memecahkan pasu bunga kesayangannya,
pada ketika itu dan detik itulah akan kumeluru ke luar rumah.
Kupanjat pokok mangga yang tinggi lampai, kupanjat setinggi-tingginya.
Kalau ada buah mangga yang sudah kuning keemasan, kupetik, kumakan.
Itu caraku menenangkan diri, tanpa merosakkan diriku sendiri.


Ketika musim hujan tiba mencurah-curah,
pada ketika itu dan detik itulah aku akan menjerit keriangan.
Akan kuberdiri mendongak langit yang menurunkan Rahmat-NYA.
Lalu akan kuterkinja-kinja di atas lopak air sambil kutertawa keseorangan.
Kumenari-nari mengikut seperti di dalam drama televisyen.


Aaaaaaa bahagianya!


Pada ketika ini, pada detik ini..
Aku rindukan kehidupan aku pada ketika itu dan detik itu.


Tapi semuanya sudah berubah.
Manusia sudah tidak lagi fikirkan tentang kegembiraan dan kebahagiaan.
Wang kertas seperti lintah menyedut semua kegembiraan dan digantikan dengan kejahatan.


Langit tidak lagi berwarna biru. Kelabu jadinya gara-gara asap kimia.
Rumput dan pokok sudah ditebas dan dikonkrit untuk membina bangunan dan jalan.
Hujan sudah tidak lagi selamat. Dipenuhi asid yang merosakkan kulit.


Bahagiaku dirampas. Dibuang. Dihapuskan.
Tamat.






Qistina Ariff xx

Friday, 24 June 2011

Pelancaran Buku Inspirasi - Inspirasi Aku.

Assalammualaikum.
Selamat sejahtera!

Maaf lambat betul aku update.

18 Jun 2011. Annexe Gallery, Kuala Lumpur.  


Aku datang lambat. Lambaaaaaat sangat. Lebih kurang pukul 2 petang baru aku sampai. Dalam hati dah cuak gila nak mampus takut-takut Bob dah balik. Alhamdulillahhhhh dia ada lagi masa tu. Kalau tidak.. Meraung penuh dengan kecewa pulak aku sorang-sorang nanti. haha :P


Tak Ada Rezeki Nampaknya.
Semua dah terlepas. Sesi mendeklamasi puisi dan sketsa aku terlepas. Ayam dan Merul aku tak sempat jumpa. Aku cuma nampak kelibat Ayam sahaja. Nak panggil tak sempat, macam lipas kudung dia jalan keluar. Tak apa lah. At least Bob dan Shera ada. Alhamdulillah.


Meh cerita sikit.
Sampai-sampai je, aku terus beli buku yang aku nanti-nantikan sekian lama. Buku BOGEL MENUJU TUHAN. Lepas tu Bob terus turunkan tandatangannya. Selama aku sokong dia, tak pernah lagi aku minta autograf dia. Hihi sekarang dah dapat :D






Sumpah aku tak perasan Bob tulis sedikit mesej masa tu. Sebab aku sibuk ambil gambar dia. Walaupun pendek dan ringkas mesej tu, dia tetap berjaya buat aku senyum selebar-lebarnya. Thanks Bob :D



Buku ni dah berada dalam genggaman aku! Akhirnya! *menari-nari !




Bersama Shera yang cantik manis! Maaf gambar sedikit kabur. Gambar yang clear tu muka Shera pelik sebab Bob pergi opocotkan dia. haha.


 Semoga Allah sentiasa memberkati anda berdua.Amin! Selamat untuk semuanya :)




Aku suka sangat gambar ni. *akan ditampal di kamar bilikku!




 Dia sampaikan satu perkara yang buat aku macam nak tampar-tampar je muka aku ni. Nak pastikan aku ni bermimpi atau apa. Sumpah aku speechless sangat-sangat time tu. Tak tau lah kalau it shows on my face ke tak masa tu. Sekali lagi, Alhamdulillah. InsyaAllah aku boleh buat apa yang disampaikan oleh dia tu. Harap-harap. Hee :)




Ini buku ketiga Jay yang aku ada. Akhirnya, aku ketemu juga muka ke muka dengan Jay ni. Sebelum ni aku beli buku dia online je. Tak sangka dia ingat nama akuuuu. Nama penuh pulak tu. Hoish :D




MEH DAPATKAN BUKU-BUKU INI DENGAN SEGERAAAA!

Buku Bogel Menuju Tuhan oleh Zahiril Adzim dan Buku Pada Sebuah Ketentuan oleh Ayam Fared boleh didapatkan di sini http://tokobuku.fotopages.com/

Buku Anarki di Kuala Lumpur oleh Mohd Jayzuan boleh didapatkan di sini http://mohdjayzuan.blogspot.com/2011/05/cara-membeli-anarki-di-kuala-lumpur.html  


P/s: Review buku Bogel Menuju Tuhan ni mungkin akan ambil masa sikit untuk aku buat. Sebab aku rasa sayanggggg sangat nak khatamkan buku ni cepat-cepat. hihi ;)


Jaga diri ya my lovely readers?
Qistina Ariff xx


Sunday, 12 June 2011

Mari Memborong Buku Ayam yang jelita! :)

Assalammualaikum.
Hey!


MAAF GILA YAM OI! NI AKU BARU NAK BUAT REVIEW BUKU KAU! Maaf telat dikit deh :)



Harga: Rm20(rm25 kalau campur harga pos)
Cara: Contact Ayam Fared melalui FaceBook!


Buku ni kebanyakan pengisiannya.. sedih! Buat aku macam nak ternangis pun ada.  Aku pernah bagitau korang kan yang sebelum aku baca buku pertama Ayam iaitu buku STABIL, aku langsung tak minat dengan puisi bahasa Melayu. Serius aku cakap. Tapi lepas baca tulisan Ayam ni aku jadi obses pulak dengan puisi. 


Kalau dah buku pertama dia boleh buat aku macam tu, buku kedua dia pula? Buat aku jatuh cinta dengan Ayam pula. Sesetengah catatan/puisi buat aku cair dan berkata "Awww, how sweet!" atau pun "Awww..comelnya dia!". 


Tapi kan.. kalau lebih banyak puisi dimuatkan dalam buku kau ni kan Yam, aku lagiiiii suka :)


Pada yang tak suka membaca?
Jangan risau! Buku Ayam ni bukanlah bacaan yang boleh membuatkan anda mengantuk! 


Ayam selalu menggelarkan dirinya loser bukan? Bila aku nak panggil orang lain loser, aku terdiam dan menukarkan kata caci tu kepada perkataan lain. Sebab nanti aku teringatkan Ayam. Perkataan loser tu dah bernilai pulak pada aku. Kalau orang nak panggil aku loser pun aku suka. Haha :) 


Kan aku dah kata comel Ayam ni! Aku akan ingat pesan kau ni yam :)


Apa dia? Nak pinjam buku ni daripada aku? MANA BOLEH! haha aku tak bagi sesiapa pun sentuh buku ni. Aku sorang je yang boleh sentuh. Buku ni special sebab Ayam ada tulis mesej :P


P/s- Maaflah, review aku ni macam sampah sikit. Kalau nak review yang berkualiti dan review yang lebih mendalam, kau boleh lah google sendiri ;)



Mari ke Pelancaran buku kedua Ayam dan Pelancaran buku pertama Bob!




Aku taktau lah ni cover buku Bob atau pun tidak. Yang penting, aku super excited sangat nak meraba buku pertama Bob ni! Seminggu je lagi. Baby sulung Bob ni! Yahoo :D


P/s: Selamat untuk pelancaran buku anda ya Bob dan Ayam yang disayangi :)


Bila?
18 Jun 2011, Jam 12 hingga 1 petang!


Di mana?
The Annexe Gallery, Kuala Lumpur!


Ada persembahan khas oleh Amerul Affendi, Shera Aiyob dan Sharifah Amani!
Datang ya? Mari kita sokong mereka :)


Ohh, ya! Lepas pelancaran buku Ayam dan Bob, ada pelancaran buku Jayzuan pula! Buku pertama dan kedua dia aku dah baca. 28 hari Jurnal Rock and Roll dan Nota-nota gila! Memang terbaik. Jangan lupa sokong Jay untuk buku terbaru jugak ya? Buku Anarki di Kuala Lumpur. Tarikh yang sama jugak, 18 Jun 2011. Pukul 1 hingga 2 petang :)






Jadi.... Apa kau tunggu lagi ni? Pergi beli buku Ayam ni cepat!
Qistina Ariff xx

Sunday, 29 May 2011

Ty|cKooUns !


Assalammualaikum.
Hey!

Maaf! Lambat sikit aku nak update. Nak dekat seminggu baru aku update. Hee maaf! Sibuk sikit lah dengan sekolah. FYI, aku ambil form 6. Cerita pasal form 6, aku cerita pada entri akan datang ya? :)
Okay dah! Biar aku mula membebel pasal teater Ty|cnKooUns okay?

Tarikh: 21 Mei 2011( Pementasan hari pertama! )
Jam: 8:30pm
Tempat: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Tapi mula-mula aku sesat. Aku sampai dalam pukul 8:20pm. Haha :)

Amacam Ty|cKooUns?
HEBAT! Aku rasa teater kali ni merupakan salah satu teater yang aku terhibur gila bila aku mula duduk dekat seat penonton tu. 

Live Band!
Ada live band yang memainkan muzik sepanjang teater tu. Mereka menggunakan live band untuk membuat semua bunyi efek dan lagu latar belakang cerita. Rasa mengantuk ke, bosan ke memang takkan wujud lah bila korang tengok teater ni!

Jalan cerita?
Bila mereka dah mula melontarkan dialog-dialog sesama sendiri, korang kena fokus lah betul-betul. Kalau tak kau tak berapa faham jalan cerita dia. Tapi jangan risau, jalan cerita dia tak ada komplikasi pun! Ceritanya lebih kurang cerita Hang Tuah dengan Hang Jebat. Kalau kau rasa kau tak ada otak seni pun, kau boleh faham, InsyaAllah ;) Serius aku memang kagum dengan arahan pengarahnya kali ni. Aku tak sangka dia pandai mengarah. Tapi ternyata dia ada bakat mengarah. Buat aku terkesima.. Sumpah aku tak tipu! 


Cuma satulah. Bila dah habis pementasan tu kan, diorang tak umumkan macam terima kasih kerana menonton bla bla bla. Jadi, penonton macam tertanya-tanya. Ehh dah habis ke belum ni? Diorang tak cakap pun? haha lama jugak kita orang duduk kat situ! :))) 

Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Bilik teater di sini agak okay bagi aku untuk pentaskan teater. Pentas teater tu tak jauh sangat atau tak dekat sangat dari penonton. Jarak dia just nice :)


Tuan pengarah! Kasi salut weh! 
Masa ni dia dah nak balik. Dah masuk kereta pun. 
Aku boleh sempat kejar dia lagi. Dia ingat aku tertinggal barang. 
Nampak tak kesungguhan aku nak pergi ambil gambar pengarah yang buat aku terkesima ni? haha ;)






Bersama Bobby! Watak yang dipegang? Sebagai Long! Dalam pementasan ni aku tak sokong Long, aku sokong Manan iaitu watak yang dipegang oleh Merul :P 

Kalau nak tengok Bob dengan Merul bertumbuk dan berguling-guling tengoklah pementasan ni! Bukan selalu diorang gaduh-gaduh depan orang ramai. Rasanya lah. haha. 

Scene favourite aku? Bila Bob bertumbuk dengan Merul dan juga bila Bob lepaskan tembakan ke arah penonton. Muka Bob.. Sangat evil tapi adorable yang amat ;)

Bob ni pun aku nak kasi salut jugak. Kenapa? Sebab walaupun dia dalam proses berhenti merokok, dia sanggup merokok dalam pementasan ini kerana wataknya perlu merokok. Tapi dia merokok sambil makan chewing gum lah. Hoishh sacrifice namanya tu! Salut! :) 



Chocolate: Benda wajib yang aku perlu sampaikan kepada dia setiap kali aku jumpa dia. Kenapa? Biar dia gemuk sikit! :P



Bobby's sweetheart - Si Shera Aiyob yang gorgeous! I love love her leather jacket! This is my second time meeting her and SHE REMEMBERED ME! Miracle betul. Muka aku senang ingat kot, Alhamdulillah :)





Bersama Merul! Haa ni lah watak yang paling aku suka dalam pementasan kali ni. Korang tau Bob merupakan inspirasi utama aku kan? Tapi dalam pementasan kali ni aku boleh TERfokus dekat Merul lebih daripada aku fokus dekat Bob. Haa.. hebat kan? :P


Merul memegang watak sebagai Manan. Dalam banyak-banyak watak teater yang aku dah tengok Merul lakonkan, watak Manan yang palingggg aku suka! Everything is just so perfect! Cara dia sampaikan dialog, ekspresi muka dia, nada suara dia, buat aku...Speechless! Serius aku kagum dengan skill lakonan yang dia ada. Kasi salutttt! :)
P/s: He looks great with that leather jacket! Woot! 





K'n! YAY! Aku berjaya kidnap dia kali ni. Selalu kejap je dia dah lesap. Adorable betul muka dia kan? Apa yang aku betul-betul suka pasal dia? Suara dia. Cara dia bercakap. Sangat mencairkan orang yang mendengar :P


Watak dia sebagai Tykooun. Tapi, tak ada dialog satu pun :( Kalau K'n ada dialog, sempurna dah teater ni :)

Bersama Uncle Namron. Dia memegang watak utama sebagai Cikgu Gadak! Puas hati? Sudah tentu aku puas hati! Namanya pun Uncle Namron kan :)


He was very funny when I met him personally. Kita orang snap banyakkk gambar sebab dia tak puas hati dengan postur badan dia dalam gambar. Haha how cute! Dia ada perfect father material di mataku! :) 


Ohh, ya Uncle Namron baru sahaja dikurniakan cahaya mata yang kedua! Baby girl yang bernama Cahaya Chinta. Tahniah Uncle Namron :D








Familiar tak orang berbaju hijau ni? Ya? Tak? 
Kalau korang tengok cerita Juvana, setiap Isnin, tv3 9malam korang mesti kenal. 
Meet Syazwan. 
Dia datang support Bob yang juga berlakon dalam Juvana. Syazwan memegang watak sebagai Apek dalam juvana. Alaa, yang selalu tolong Daim tu! Depan-depan dia jauh lebih adorable daripada dalam tv. And he was very very bubbly and friendly :)



Haaa yang ni? Kenal? Khir Rahman! Nampak Khir Rahman pun datang support teater ni tau!
Ohh ya, nak tau macam mana reaksi Bubu bila dia ternampak Khir Rahman? Dia blushing! Bukan sahaja blushing tapi perangai dia pun dah macam tak betul. Dia sangat star-struck! sumpah aku tak tipu. Dasyat. Bubu, Bubu :))




Okay, dah tu je! Akhir kata aku memang puas tahap yang sepuas-puasnya selepas menyaksikan teater ni. Dialog cerita ni pun masih melekat lagi dalam kepala aku! Aku memang rasa nak pergi dan tengok lagi teater ni. Rasa ketagih pun ada! Tapi tak berkesempatan lah. Aku cuma ada rezeki untuk menonton Ty|cKooUns ni sekali sahaja :(








Rugi lah siapa yang tak dapat tengok sebab pementasan Ty|cKooUns ni takkan dipentaskan lagi ;)
Qistina Ariff xx

Wednesday, 18 May 2011

Mari mari kita berTyickoouns & Pada Sebuah Ketentuan Alam!!

Assalammualaikum.
Heyya!

Promosi! Promosi! Hasutan! Hasutan!

1. Pementasan Teater Tyickoouns.







Aku nak hasut kau, kau, dan kau ni semua untuk pergi tengok teater! Kali ni Pementasan Teater Tyickoouns pula!

Di mana? 
Auditorium Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur!

Bila? 
21- 29 Mei 2011 ! 

Ongkosnya?
Pelajar >> RM15
Bukan Pelajar >> RM30

Tempahan Tiket?
Natrah - 01112447959 , Didi - 0134321147


Sinopsis? More info? 


Mari! Mari! Meh kita support Bob, Merul dan Namron! Kalau belum pernah pergi tengok teater, ni lah masanyaaaa woi! :)





2. Pada Sebuah Ketentuan Alam.


Apa tu? Tu nama buku Ayam Fared yang terbaru. Maaaaaaaf lambat nak promote buku ni! Meh meh! Meh lah support Ayam yang jelita lagi menawan! Murah je, tak mahal RM20! Ditambah dengan harga pos jadi RM25! 


Caranya begitu mudah dan ringkas! Kalau belum add Ayam Fared dekat FB, sila lah add. Lepas tu, selesaikan lah urusan membeli dengan penulisnya sendiri. Don't worry, he won't bite! ;)


p/s: Lepas dah BerTyickoouns dan BerPada Sebuah Ketentuan Alam aku buat review ya? Okay, bye. Have a nice day ahead :)

Qistina Ariff xx