Monday, 28 March 2011

Bukakan Pintu Itu !

Assalammualaikum!
Hi.

Masa untuk aku merapu dalam bentuk tulisan sudah sampai ya manis-manisku :)
Seperti biasa this is a little something I wrote before I go to bed!



Tajuknya: Bukakan Pintu Itu.

Bukakan pintu itu,
jangan biarkan ia terkunci.
Bukakan pintu itu,
biarkan anasir jahat itu tidak terperangkap lagi.
Bukakan pintu itu,
biarkan udara menghembuskan kekuatan.

Biarkan benci itu terlerai lalu berderai.
Melepaskan setiap ikatan dan balutan di hatimu itu.
Supaya jiwamu itu bisa tersenyum kembali.
Tersenyum seakan-akan baru terasa manisnya gula-gula kapas!
Gula-gula kapas yang berwarna merah jambu.






Di Selangkah ke UiTM, Shah Alam. Ini muka kurang siuman aku ;)
 
 
 
Jaga diri.
Qistina Ariff xx

Friday, 25 March 2011

Melangkah ke depan dan jangan berundur lagi.

Assalammualaikum.
Hi.


Keputusan yang ditakut-takutkan oleh semua budak SPM 2010 dah pun keluar dengan selamatnya pada 23 MAC 2011-Rabu.

Aku ingat lagi suasana pagi tu. 

Aku rasa sejuk sangat-sangat. Aku rasa macam tak nak bangun je dari katil dan nak terperap dalam selimut lama-lama. Rasa berat sangat nak take a bath. Sangat berat. Aku lagi nak lambat-lambatkan. Dalam pukul 10:30 baru aku masuk bilik air. 

Nervous? Tahap maksimum. Aku pun tegur Bob dekat twitter sebab dia selalu boleh bagi aku tenang, haha :P 
Dia sempat pesan beberapa kerat dekat aku. Lega sikit rasanya. Kawan aku dah sibuk call aku suruh cepat pergi sekolah. Amboi, lagi lah aku nervous sebab dia dah tengok result dia, aku melekat dekat rumah lagi. Ahh! Gerak sekarang je lah! Bismilahirrahmanirrahim!

Aku pandang sekeliling, sikit saja yang ada. Aishh? Peliknya kenapa tak ramai orang yang ambil result? Jam baru pukul 11. Diorang nak tunggu tak ada orang agaknya.
Semua perempuan Muslim pakai baju kurung. Aku dan beberapa kerat je pakai baju biasa. Aku selamba dengan skinny jeans, t-shirt, dan cardigan. Opps, tak teringat pulak aku nak nampak ayu masa ambil result! 
*Tepuk dahi.

Tanda-tangan sana, tanda-tangan sini. Nah, ambik kau result dah ada depan mata. Masa tu aku senyum, tapi dalam kepala aku macam-macam aku fikir.  Yang peliknya, masa PMR punya result dulu aku frust sangat-sangat. Yang ni, aku macam dapat kawal lagi.
Kecewa? Mestilah. 3A je mana cukup. Hmm..

Tapi, Alhamdulillah tak ada yang gagal. Aku memang tak belajar pun masa SPM. Yang aku belajar, subjek yang aku pilih kasih je. Subjek Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Yang lain? Aku pandang-pandang je. Pergi sekolah pun seminggu 3 kali je kadang-kadang.

Kenapa? 
Hmm since dari form 1 aku memang tak nak sekolah dekat situ. 

Apa cerita? 
Panjang sangat ceritanya. Nak salahkan orang lain pun buat apa, bukan diorang yang ambil exam SPM aku masa tu! Redha je lah. Yang aku tahu, aku takkan hantar anak aku sekolah dekat situ. Aku sumpah. Kalau anak aku kata dia nak pindah sekolah, aku takkan buat dengar tak dengar je. Aku kena percaya cakap dia. Kalau hati tak tenteram, nak belajar pun susah, ye dak?



Mula-mula aku kecut, lepas tu marah, lepas tu kecewa, lepas tu...aku tenang.


Kecut? Sebab aku tak nak buat mama aku kecewa. 

Marah? Sebab aku biarkan orang lain buat aku jadi bukan aku. Aku tak cukup lawan dengan anasir jahat!

Kecewa? Siapa tak kecewa kalau aku tahu aku boleh dapat result yang lagi bagus kan? 

Tapi.. Bila aku teringat pesan Bob tu.. Aku jadi tenang sikit. 
Katanya.. "Takpe, apa pun resultnya percaya itu bukan penamat hidup awak. Infact, baru nak bermula sebenarnya. Ke dunia dewasa."

Betul lah tu. Kalau kita kerja kuat, mesti Allah bukakkan jalan untuk kita kan?
Tapi, aku cuak bila Bob cakap.. "Pilih jalan yang betul ya?"
Macam mana kalau aku tersalah pilih jalan? Macam mana kalau aku terjadi orang yang aku benci satu hari nanti? Hmm.. InsyaAllah betul lah jalan yang aku pilih nanti. Kena doa banyak-banyak! Kita doa sama-sama, biar berjaya pun sama-sama!

P/s: Terima kasih untuk manis-manis aku yang buat aku fikir maybe it's okay, Allah have better plans for me. Especially Bob and Ruby, Thank youuuu!



Jalan yang mana ni?
Semua orang tengah sibuk nak fikir ke mana kita lepas ni. Aku pun sama. Aku tengah fikir nak ambil form 6 atau tidak? Kalau ambil form 6, aku boleh kukuhkan lagi kelayakan aku. Tu pun.. kalau aku belajar betul-betul. Ahad ni aku nak pergi open day Uitm. Nak jenguk-jenguk jalan mana yang aku boleh pilih nanti. 

Hmmmm. Seramnya kalau kita fikir pasal future. Aku bukannya nak kerja yang boleh buat aku kaya atau ada pangkat sangat. Cuma kerja yang boleh menampung cara hidup aku sudahlah. Aku nak kerja yang betul-betul aku minat. Kerja yang boleh buat aku berminat untuk bekerja sampai ke hari tua aku.

Biar aku hidup untuk kerja dan bukannya kerja untuk hidup. 


Cikgu kesayangan.

Pn. Salbiah - Ustazah aku masa form 3 dan form 5.
Pn. Nazrilah - Ustazah aku masa form 1 dan form 2.
Pn. Noraliza - Cikgu BM aku masa form 2.
Pn. Norita - Cikgu BM masa aku form 4.
Encik Yarha - Cikgu BM masa aku form 1.
Mr.Teh - Cikgu Science masa aku form 2 dan form 3.
Aunty Aini - Ibu bestfriend aku A.K.A Cikgu BM masa aku form 5. 
Pn. Aziah - Cikgu Perdagangan masa aku form 5.
Pn. Rashpal - Cikgu Ekonomi Asas masa aku form 5.


Allah saja yang boleh repay anda-anda ini wahai cikgu kesayangan. These are the teachers yang buat aku nak belajar masa aku sekolah dekat sekolah hell tu :)




The results.






 Orang yang paling aku excited nak jumpa kalau aku pergi sekolah. Banyak sangat in-common. Ada satu je perbezaan kita. Orang pandang dia as a pendiam girl dan orang pandang aku as a banyak mulut girl. 

Dia lah satu-satunya bestfriend aku dekat sekolah tu yang sebaya dengan aku. 
Dia suka tolong aku in Maths dan Accounts. Aku tolong dia English.

SHAZWANEE BT ZULKEFLI ! I'm so proud of you my chubby sayang! You got 4A's for trial but got 8A's for SPM! I am so happy for you okay! All the best for you in future!
BFF forever okay dear :)





Zahirah, my laughing partner. Dia lah teman setia speaking Terengganu aku :D 
Bezanya, aku lahir dekat Terengganu, dia tak. Mama dia saja yang lahir dekat sana.
Mung jangang lupa kak aku! Sampa bila-bila pong aku sayang kak mung sokmo <3 :)







Shudi Manis. Yang dulunya cuma kawan adik aku. Lama-lama jadi kawan aku. Lama-lama lagi jadi best friend aku. Hah! Dalam ramai-ramai budak kecik kat sekolah tu, ini lah favourite aku! Just be yourself manis, don't worry about those other lifeless people <3 :)





Aunty Aini dan Pn. Norita! Antara cikgu yang paling cool dekat sekolah ni.



Apa-apa pun, aku nak ucapkan TAHNIAH untuk semua yang dah berjaya dapat keputusan yang membanggakan! Untuk yang kecewa dengan diri sendiri macam aku, kau jangan sedih. Kita belum habis berjuang lagi ni! 

Qistina Ariff xx






Tuesday, 22 March 2011

Short Eyes dan Aku Kecut.

Assalammualaikum.
Hi !



1.Short Eyes Kali Kedua!

19/3/11 - Sabtu.
Actors Studio - Lot 10, KL.

Alhamdulillah, aku dapat serang Pementasan Teater Short Eyes 2011 !
Wehoooooo~

The tickets with ma name on it! 
My mama dapat discount RM10 sebab we're late 15 minutes for the show. 
Haha, jam and susah nak cari parking punya pasal!



I got a hug from the gorgeous + adorable + nice Sheira Aiyob. 
A.K.A. Bob's sweetheart ;)


Bobby!
He looks like Clark Kent today in the show. With his glasses and neat hair :D


 He said "Ehh? Bukan selalu buat peace ke?" 
Haha okay, Bob! Let's do a peace sign! :D


The great Uncle Nam Ron! He's like a hero to me :)
Look at that smile. So adorable!


Merul and Fared Ayam!
Nah! This time ada chocolate for you too okay? Jangan merajuk lagi :P

Ini hari, side-kick aku tak ikut. Penat sangat katanya. Side-kick aku tu Bubulah, photographer rasmi aku :P Jadi.. Tak sempatlah nak serang semua pemeran-pemeran yang ada. Gambar dengan K'n pun tak ada :( 

Sebab aku dan famili aku baru je balik dari Penang tengah hari tu. Aku pun tak tidur satu hari. Tapi, untuk my inspirations ni aku turun jugak pergi Short Eyes! Hari tu tak datang event Zombie Ayam aku dah cukup rasa bersalah. Jadi.. This time wajib datang ;) 


Amacam Short Eyes tahun ni by RAT(Rumah Anak Teater)?

A++++++!
Sumpah aku tak tipu! Tapi, honestly aku lagi suka Short Eyes yang 2010 punya. 


Kenapa?
Bukan atas alasan kualiti lakonan mereka. Sebab..Lakonan mereka memang terbaik. Hampir sama dengan yang aku tengok last year. Contohnya macam Bob, K'n, Nam Ron , Xavier dan yang berlakon jadi abang Mukhsin dalam Mukhsin tu. Siapa nama dia aku tak ingat. haha. Mereka berlakon memang nice habis just like last year! 

Cuma.. Feel yang mereka bawak tu tak sehebat tahun lepas. Tahap kesungguhannya kurang SEDIKIT. Entahlah, aku ni bukannya berotak seni sangat. Mungkin tu cuma perasaan aku je kot? Lagi pun, Merul dan Hafizee digantikan dengan orang lain. Dan aku lagi suka cara Merul dan Hafizee lakonkan watak tu.

Lagi satu seat dia jauh sangat. Kalau dekat PJ LA tu, dekat sikit. Jadi, bila pemeran melontarkan dialog tu memang aku dapat rasa gila. Kali ni, seat dia tak berapa best. Tapi.. tu bukan salah pemerannya lah :)

Meh sini aku nak bagi tau. Itu semua tak cukup untuk buat aku kecewa. Masih lagi tetap berbaloi aku pergi. Aku tak tipu. Can't wait untuk teater seterusnya daripada inspirasi-inspirasi aku ni!
 
Bebelan aku dalam video. 
 
Aku nak bagi korang tengok video aku membebel pasal Short Eyes, sebab aku malas nak tulis panjang-panjang. Tapi.. Internet aku ni semput lah pulak. Kalau aku rajin tunggu, aku upload lah esok-esok ya? :)



Untung duit tarak, untung dalaman ada!
Apa-apa pun, aku proud sangat dengan mereka-mereka ni. Buat teater bukan untuk dapat keuntungan. Buat teater untuk membuka mata masyarakat yang tertutup. Membuatkan mereka nampak sangat attractive pada aku. Haha.  

Harga tiket pun RM35 untuk dewasa dan RM25 untuk student. Murah gila right? Dah lah tak berapa ramai orang datang. Aku sentiasa akan hasut korang untuk cuba dan datang support mereka. Sangat berbaloi, InsyaAllah ;)




2. Kecut. Takut. Mampus aku.
Okay.. Happy, happy jugak. Sekarang ni aku tak tahu nak nangis ke, nak takut ke, nak sakit perut ke, atau nak minta orang tolong bunuh aku ke.

Kenapa kau tanya?
Esok hari KEPUTUSAN YANG PALING.... menakutkan woi! 
Result SPM aku woi!
Aku dah start cuak dah ni. Dalam cuak-cuak pun aku boleh sibuk fikir nak pakai baju apa esok. Ishh, tolong tampar aku? Aduhhh. Okay, terima kasih.
Brrrr. Kecutnya. Jangan kata rama-rama, biawak pun tengah pusing-pusing dalam perut aku ni!
Tolong? Ada sesiapa boleh bunuh aku? Tapi bagi aku mengucap dulu sebelum kau bunuh ya?


Mintak tolong sangat doakan aku dan budak-budak SPM 2010 yang lain. 
Terima kasih banyak-banyak tau?



Esok handphone kesayangan aku tu, aku campak tepi. Pura-pura handphone rosak! Sorry untuk semua yang call/text aku. Okay, bye.

Qistina Ariff xx.

Monday, 7 March 2011

My bedtime lullaby for now.

Assalammualaikum.
Hi.

Dah lama sangat rasanya tak merapu di sini. Aku banyak taburkan crap di TUMBLR je for the past few weeks. Tu pun kadang-kadang aku rasa bersalah takut dashboard followers aku semak dengan taburan crap depresi aku je memanjang. haha tapi bila aku dah tak tahan, terpaksa lah aku tabur di situ! Ahha.

Sebenarnya, aku nak share bedtime lullaby aku hari ni. Tapi sebelum tu, aku nak update sikit a few things khas kepada my manis-manis. Boleh? Haa boleh je kan? ;)



1. Result SPM.

Untuk semua budak SPM 2010, aku faham perasaan korang semua asyik dimainkan perasaan oleh orang sekeliling tentang masa depan kita. Ada ke patut diorang main tukar-tukar tarikh keluar result? Tak patut! Hoish ini bukannya keputusan bola yang boleh dibawak main-main! Apada diorang ni kasi kecut perut kita kan?

Dengar-dengar result SPM keluar 23 MAC. Harap kali ni biar betul. Penat lah aku kecut perut bila diorang cakap 28 FEB. Lepas tu cakap 10, tukar pulak 14, tukar pulak 20, tukar pulak  23. Sia-sia je orang takut-takut. Hoishh ni yang marah ni!

Apa-apa pun, tolong tolong dan tolong doakan aku dan budak SPM 2010 ya manis-manisku? Terima kasihhh~ Aku doakan kau selamat sejahtera, murah rezeki. Amin :)



2. Satu Minggu Jadi Mayat Hidup.

Nak tergedik-gedik? Pening. Nak nyanyi? Suara tak keluar. Nak cakap? Batuk tak berhenti. Nak keluar bilik? Takut yang lain berjangkit. Nak mengadap laptop? Tak larat. Nak manja dengan kucing? Bersin tak berhenti. Nak makan? Tak ada selera.

Jadi apa lagi yang aku boleh buat? Baring. Tidur. Dah lama tak sakit macam ni. Mayat hidup? Memang best wa cakap sama lu. Sumpah best. 

Okay, sumpah wa tipu lu. Wa rasa macam nak mati bila batuk bernafas pun tersekat-sekat macam nyawa-nyawa ikan.


3. Rindu nak tengok muka aku tak? 


Hah apa dia? Tak rindu langsung? Kau jawab tak, lagi aku nak tunjuk muka aku yang annoying kat kau, haha. 

Padan muka ;)

Ni sebelum aku sakit. Sesi berdating dengan kekasih hati abang aku di Sunway. First meet ni. Wehoo berdebarnya macam nak jumpa bakal mak mertua woi!

She is... very very very SWEET AND ADORABLE! And now I know why my brother loves her :)








Sumpah both of them comel, sweet and adorable sangat-sangat. 

Jealous? Hoishhh sumpah aku jealous :))



3. My Bedtime Lullaby.

Okay, so this is a couple of my bedtime lullabies. Aku share dua lagu je dulu ya? Kalau bagi semua macam lah korang dengar :P

Kalau kau rapat dengan aku mesti kau tahu yang aku ni one of SlipKnot's lover. 

Hah? SlipKnot band yang terpekik terlolong tu ke? Eww~

Apa? Eww? Haha Okay fine SlipKnot ni bukan untuk semua orang. Err tapi, aku sarankan kau dengar lagu ni. Digalak-galakkan. Sebab lagu ni memang A+! Betul, aku tak tipu.

Lagunya >> Stone Sour - Zzyzx Rd. 
Frontman band SlipKnot adalah frontman kepada band Stone Sour jugak. Stone Sour tu project band dia. Frontman dia namanya Corey Taylor. And it's because of him I came to love love love SlipKnot and Stone Sour band! Ohh ya! Untuk kepuasan maksimum dalam menghayati lagu-lagu SlipKnot dan Stone Sour, sila dengar lagu mereka yang direcord secara live. Lebih afdhal ;)



The lyrics of this song? It's just brilliant. I can relate to these words right here:


"Where am I supposed to hide now? What am I supposed to do? 
Did you really think I wouldn't see this through? 
Tell me I should stick around for you. Tell me I could have it all. 
I'm still too tired to care and I gotta go."




Take a listen! His voice can melt my heart in any day, especially in my bad days. The days when I feel like I wanted to curl up in my bed and cry as much as I can because I feel like shit. 

Have you had those days? 

Well, by listening to Corey's lullaby it can make my sorrow ease up a little bit. Siapa tak cair, Corey tu hot habis ;)


Lullaby seterusnya!


Kau kenal Syeera Sanders
Tak? Mari sini aku kenalkan. 
Dah kenal dan kau pun suka? Yay! Sep sikit :)


She's a very very very talented girl! She's 17, she lives in Brunei but she was born in Malacca. Dia pun dah masuk dalam list inspirasi aku. 

Sebabnya? 

Dia berjaya buat lagu yang memang aku boleh relate. Lagu dia perfect, liriknya perfect. Bukan satu lagu, tapi banyakkkk! Hampir semua lagu dia aku dengar setiap hari. Tapi hampir semua lagu dia pun cerita pasal sad love story. Yang happy love story ada lah dua tiga saja. Dan lagu yang sedih tu lebih melekat dalam hati. Kesian pulak aku, mesti dia asyik patah hati je. Tapi takpe, berguna jugak dia patah hati sebab boleh buat lagu yang amazing :)

Lagunya>>Syeera Sanders - Semua Kerana Kau.




Yang aku boleh relate? Ohh, pastinya ada. Nah here you go. Pergi main jauh-jauh:

"Tapi aku salah. Segalanya kini musnah. Ku tak lagi berdaya.. 
Semua kerana kau.
Hilanglah sudah. Angan dan harapan. Terhapus begitu saja.. 
Semua kerana kau.
Sayang mengapa, kau pergi begitu saja..?"







Okay lah, aku dah mengantuk. Ni dah lepas Subuh baru aku boleh tidur. Apa nak jadi aku ni. Haish. Ohh ya. Aku ada tulis banyak puisi sebenarnya. Habis buku aku penuh dengan tulisan aku yang depresi. Kalau tak ditulis, aku tak boleh tidur. Nanti bila-bila next time aku kasi kau baca ehh? Tunggu tau :)
 
Okay, bye now.
Qistina Ariff xx.