Thursday, 28 April 2011

Senjakala dan Juvana serta Cita&Cinta !

Assalammualaikum !
Heyya !


Hoishhh! Banyak sangaaaaat nak update ni! Dah lama tak sentuh blogger hoi! 


Aku mulakan dengan inspirasi utama aku dulu ya? Entri seterusnya nanti aku kecoh pasal Justin Bieber! Siapa yang agak-agaknya ada niat nak menyampah boleh lah skip entri tu. haha. 


1. Senjakala!


*muka tak boleh bla aku :))




Tau SENJAKALA tak? Itu filem terbaru yang dibintangi oleh Bob kesayangan golongan kawan-kawan yang kita suka!
Agak lambat sebenarnya nak update pasal SENJAKALA ni! haha. Maaf! :)


Premier: 14 April 2011 ! 
TGV Bukit Tinggi Klang.





Amacam? Okay tak?
Jalan cerita agak lambat sikit bagi aku. Aku boleh siap text-text lagi masa dalam cinema. haha. Lambatnyaaa Bob nak menjelma! Lagi satu, part Bob sikit bebenor yop! Macam Mak Mah tu pulak yang lead wa cakap sama lu.haha :P

Menakutkan? 
Tak langsung. Lagi pun, cerita ni memang genre romantic horror pun. Siapa yang agak-agak lemah semangat tu, jangan risau! Kau memang boleh tengok cerita ni.

Part yang paling best?
Bila Bob bukak langkah silat! Fuyohh! Hebat!

Berapa bintang daripada 5 bintang?
1 dan setengah bintang mungkin? Maaf, aku kejam sikit. Sebab tak berapa minat cara arahannya kali ini :( 


Apa-apa pun, dijemput kalian sendiri untuk serang panggung dan tengok sendiri cerita ni!


Annoying nak mampus!
Bukan cerita ni yang annoying tapi penontonnya. Memang malang betul aku hari aku pergi tengok filem ni. Aku ingat tengok tengah-tengah malam kurang lah risiko untuk terserempak dengan manusia yang annoying. Rupanya lagi ramai! Adoi.


Kisahnya begini :


Manusia dalam cinema masa tu memang tak ramai. Aku dah happy habis dah sebab aku ingat AMAN LAH hidup aku masa tengok Senjakala. Rupa-rupanya... TAK LANGSUNG! 


Mulut diorang memang tak reti nak diam langsung. Kalau apa yang diorang bisingkan tu kata-kata yang bernas lagi berguna tak apa jugak. Ni yang merapu je yang keluar. Memandangkan scene Bob lambat keluar aku biar je lah diorang merapu panjang-panjang. Aku sabar lah sekejap.


Bila scene Bob dah sampai, aku pun apa lagi buat lah bunyi "Shushh!!" kuat-kuat. Diorang berhenti sekejap, lama-lama diorang buat lagi. Memandangkan aku nak hayati hasil kerja inspirasi aku ni dengan kusyuk, aku pun SOUND DIORANG KAW-KAW punya! Sekali terdiam terus manusia-manusia tu. Yehaaa! Misi berjaya. Ishh kalau diorang tak diam-diam jugak memang aku dah serang manusia-manusia tu dengan popcorn aku. Biar sopan sikit diorang dalam cinema lain kali. Hoish! 








2. Juvana!






Tu dia muka Bob jadi watak Daim! Seseorang yang dituduh membunuh ibunya sendiri! 





Yang ni drama terbaru Bob! Memang aku dah agak cerita ni confirm memang best! Dah lama aku tunggu! Lepas tengok episode pertama.. MEMANG BEST PUN! Cerita ni mengingatkan aku masa Bob berlakon jadi Clark Davis dalam pementasan teater Short Eyes arahan Fared Ayam. Tapi, mesti lah Short Eyes tu lagi best ;)


Kenapa perlu tengok Juvana?


 Sebab ada pelakon yang memanggggg hebat macam Zahiril Adzim dan Beto Kusyairy! Sumpah takkan rugi kalau korang tengok. Cerita ni pun aku tak rasa ada unsur-unsur fairytale yang membuatkan manusia ingat semuanya bahagia je kat dunia ni. 


Yang buat aku bengang cuma... ada terlalu banyak iklan! Dan lagi satu aku nak watak yang dibawa oleh Beto Kusyairy tu diperbanyak lagi minggu depan! Bolehhhh? *jerit kuat-kuat!


Jangan lupa tengok okay? Wajib! tv3, 9pm, setiap hari Isnin! Siapa yang agak-agak tak boleh tengok tu, pergi lah crash youtube ke apa ke, insyaAllah tak rugi ;)




3. Cita Dan Cinta !


Comel kan dia? ;)


Arahan Azma ! Ada Beto Kusyairy! Yay! Pergi lah search sendiri.
tv9 - 8:30pm, setiap hari Khamis
Tapi cerita ni cerita santai-santai je okay. Tak thrill. Aku tengok cerita ni pun semata-mata sebab inspirasi aku tu. Siapa lagi kalau bukan Beto Kusyairy :) 


Sampai sini dulu ya? Aku dah mengantuk! Siapa yang tak suka Si Bibir yang menawan sila skip entri aku selepas ini, terima kasih. Selepas entri Si Bibir tu nanti aku nak update pasal keluaran buku salah satu inspirasi aku! Tunggu ya! 


Okay, bye! JAGA DIRI manis-manis ku ;)
Qistina Ariff xx

Friday, 8 April 2011

Ouch kataku.

Assalammualaikum.
Hi.


Hari ini. Jam 2 pagi. Atas katil, ditemani oleh kucing sayang dan putaran lagu sedih.




Tajuknya: Ouch!


Ku tahu ku bakal begini.
Ku tahu harinya akan tiba juga.
Ku tahu sakitnya pasti akan muncul nanti.
Sudahku tahu tetapi degilnya menebal di hati.


Ku lepaskan pagar yang mengawal hati,
lalu kau campakkan pisau, kau tikamkan ia.
Ku lontarkan semua rasa di hati tanpa menapis sedikit pun,
lalu kau anggap semua rasa-rasa ku itu dongeng belaka.


Ku degil, nahhh sekarang rasakan!
Nahh, rasakan sakitnya!


Ouch!


Ku tahu ku bakal begini.
Ku tahu harinya akan tiba juga.
Walau ku cuba halau ia dengan ketawa,
walau ku cuba tampalkan senyuman,
sudahku tahu sakitnya pasti enggan pergi.


Ouch!


Entah bila sakitnya akan hilang,
entah kapan lukanya bakal sembuh,
entah bila bengkaknya akan pulih.


Ouch!


Sakitnya masih di sini.
Sakinya tetap enggan pergi.
Ku perlukan mesin masa untuk tarik kembali rasa ini.






Ya, aku sakit.
Qistina Ariff xx