Sunday, 29 May 2011

Ty|cKooUns !


Assalammualaikum.
Hey!

Maaf! Lambat sikit aku nak update. Nak dekat seminggu baru aku update. Hee maaf! Sibuk sikit lah dengan sekolah. FYI, aku ambil form 6. Cerita pasal form 6, aku cerita pada entri akan datang ya? :)
Okay dah! Biar aku mula membebel pasal teater Ty|cnKooUns okay?

Tarikh: 21 Mei 2011( Pementasan hari pertama! )
Jam: 8:30pm
Tempat: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Tapi mula-mula aku sesat. Aku sampai dalam pukul 8:20pm. Haha :)

Amacam Ty|cKooUns?
HEBAT! Aku rasa teater kali ni merupakan salah satu teater yang aku terhibur gila bila aku mula duduk dekat seat penonton tu. 

Live Band!
Ada live band yang memainkan muzik sepanjang teater tu. Mereka menggunakan live band untuk membuat semua bunyi efek dan lagu latar belakang cerita. Rasa mengantuk ke, bosan ke memang takkan wujud lah bila korang tengok teater ni!

Jalan cerita?
Bila mereka dah mula melontarkan dialog-dialog sesama sendiri, korang kena fokus lah betul-betul. Kalau tak kau tak berapa faham jalan cerita dia. Tapi jangan risau, jalan cerita dia tak ada komplikasi pun! Ceritanya lebih kurang cerita Hang Tuah dengan Hang Jebat. Kalau kau rasa kau tak ada otak seni pun, kau boleh faham, InsyaAllah ;) Serius aku memang kagum dengan arahan pengarahnya kali ni. Aku tak sangka dia pandai mengarah. Tapi ternyata dia ada bakat mengarah. Buat aku terkesima.. Sumpah aku tak tipu! 


Cuma satulah. Bila dah habis pementasan tu kan, diorang tak umumkan macam terima kasih kerana menonton bla bla bla. Jadi, penonton macam tertanya-tanya. Ehh dah habis ke belum ni? Diorang tak cakap pun? haha lama jugak kita orang duduk kat situ! :))) 

Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Bilik teater di sini agak okay bagi aku untuk pentaskan teater. Pentas teater tu tak jauh sangat atau tak dekat sangat dari penonton. Jarak dia just nice :)


Tuan pengarah! Kasi salut weh! 
Masa ni dia dah nak balik. Dah masuk kereta pun. 
Aku boleh sempat kejar dia lagi. Dia ingat aku tertinggal barang. 
Nampak tak kesungguhan aku nak pergi ambil gambar pengarah yang buat aku terkesima ni? haha ;)






Bersama Bobby! Watak yang dipegang? Sebagai Long! Dalam pementasan ni aku tak sokong Long, aku sokong Manan iaitu watak yang dipegang oleh Merul :P 

Kalau nak tengok Bob dengan Merul bertumbuk dan berguling-guling tengoklah pementasan ni! Bukan selalu diorang gaduh-gaduh depan orang ramai. Rasanya lah. haha. 

Scene favourite aku? Bila Bob bertumbuk dengan Merul dan juga bila Bob lepaskan tembakan ke arah penonton. Muka Bob.. Sangat evil tapi adorable yang amat ;)

Bob ni pun aku nak kasi salut jugak. Kenapa? Sebab walaupun dia dalam proses berhenti merokok, dia sanggup merokok dalam pementasan ini kerana wataknya perlu merokok. Tapi dia merokok sambil makan chewing gum lah. Hoishh sacrifice namanya tu! Salut! :) 



Chocolate: Benda wajib yang aku perlu sampaikan kepada dia setiap kali aku jumpa dia. Kenapa? Biar dia gemuk sikit! :P



Bobby's sweetheart - Si Shera Aiyob yang gorgeous! I love love her leather jacket! This is my second time meeting her and SHE REMEMBERED ME! Miracle betul. Muka aku senang ingat kot, Alhamdulillah :)





Bersama Merul! Haa ni lah watak yang paling aku suka dalam pementasan kali ni. Korang tau Bob merupakan inspirasi utama aku kan? Tapi dalam pementasan kali ni aku boleh TERfokus dekat Merul lebih daripada aku fokus dekat Bob. Haa.. hebat kan? :P


Merul memegang watak sebagai Manan. Dalam banyak-banyak watak teater yang aku dah tengok Merul lakonkan, watak Manan yang palingggg aku suka! Everything is just so perfect! Cara dia sampaikan dialog, ekspresi muka dia, nada suara dia, buat aku...Speechless! Serius aku kagum dengan skill lakonan yang dia ada. Kasi salutttt! :)
P/s: He looks great with that leather jacket! Woot! 





K'n! YAY! Aku berjaya kidnap dia kali ni. Selalu kejap je dia dah lesap. Adorable betul muka dia kan? Apa yang aku betul-betul suka pasal dia? Suara dia. Cara dia bercakap. Sangat mencairkan orang yang mendengar :P


Watak dia sebagai Tykooun. Tapi, tak ada dialog satu pun :( Kalau K'n ada dialog, sempurna dah teater ni :)

Bersama Uncle Namron. Dia memegang watak utama sebagai Cikgu Gadak! Puas hati? Sudah tentu aku puas hati! Namanya pun Uncle Namron kan :)


He was very funny when I met him personally. Kita orang snap banyakkk gambar sebab dia tak puas hati dengan postur badan dia dalam gambar. Haha how cute! Dia ada perfect father material di mataku! :) 


Ohh, ya Uncle Namron baru sahaja dikurniakan cahaya mata yang kedua! Baby girl yang bernama Cahaya Chinta. Tahniah Uncle Namron :D








Familiar tak orang berbaju hijau ni? Ya? Tak? 
Kalau korang tengok cerita Juvana, setiap Isnin, tv3 9malam korang mesti kenal. 
Meet Syazwan. 
Dia datang support Bob yang juga berlakon dalam Juvana. Syazwan memegang watak sebagai Apek dalam juvana. Alaa, yang selalu tolong Daim tu! Depan-depan dia jauh lebih adorable daripada dalam tv. And he was very very bubbly and friendly :)



Haaa yang ni? Kenal? Khir Rahman! Nampak Khir Rahman pun datang support teater ni tau!
Ohh ya, nak tau macam mana reaksi Bubu bila dia ternampak Khir Rahman? Dia blushing! Bukan sahaja blushing tapi perangai dia pun dah macam tak betul. Dia sangat star-struck! sumpah aku tak tipu. Dasyat. Bubu, Bubu :))




Okay, dah tu je! Akhir kata aku memang puas tahap yang sepuas-puasnya selepas menyaksikan teater ni. Dialog cerita ni pun masih melekat lagi dalam kepala aku! Aku memang rasa nak pergi dan tengok lagi teater ni. Rasa ketagih pun ada! Tapi tak berkesempatan lah. Aku cuma ada rezeki untuk menonton Ty|cKooUns ni sekali sahaja :(








Rugi lah siapa yang tak dapat tengok sebab pementasan Ty|cKooUns ni takkan dipentaskan lagi ;)
Qistina Ariff xx

Wednesday, 18 May 2011

Mari mari kita berTyickoouns & Pada Sebuah Ketentuan Alam!!

Assalammualaikum.
Heyya!

Promosi! Promosi! Hasutan! Hasutan!

1. Pementasan Teater Tyickoouns.







Aku nak hasut kau, kau, dan kau ni semua untuk pergi tengok teater! Kali ni Pementasan Teater Tyickoouns pula!

Di mana? 
Auditorium Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur!

Bila? 
21- 29 Mei 2011 ! 

Ongkosnya?
Pelajar >> RM15
Bukan Pelajar >> RM30

Tempahan Tiket?
Natrah - 01112447959 , Didi - 0134321147


Sinopsis? More info? 


Mari! Mari! Meh kita support Bob, Merul dan Namron! Kalau belum pernah pergi tengok teater, ni lah masanyaaaa woi! :)





2. Pada Sebuah Ketentuan Alam.


Apa tu? Tu nama buku Ayam Fared yang terbaru. Maaaaaaaf lambat nak promote buku ni! Meh meh! Meh lah support Ayam yang jelita lagi menawan! Murah je, tak mahal RM20! Ditambah dengan harga pos jadi RM25! 


Caranya begitu mudah dan ringkas! Kalau belum add Ayam Fared dekat FB, sila lah add. Lepas tu, selesaikan lah urusan membeli dengan penulisnya sendiri. Don't worry, he won't bite! ;)


p/s: Lepas dah BerTyickoouns dan BerPada Sebuah Ketentuan Alam aku buat review ya? Okay, bye. Have a nice day ahead :)

Qistina Ariff xx 

Sunday, 8 May 2011

Mari BerHACKTICK! :)

Assalammualaikum.
Heyya!


8 Mei 2011 - Ahad.


Lokasi: Taman Rakyat, Taman Sri Andalas, Klang.
Masa: 6pm-7pm (kalau tak silap?)


Ini hari aku kecoh pasal salah satu favourite band aku. Band yang bergelar HACKTICK!


Band ni dah lama masuk dalam list one of my fav bands tapi aku baru nak kenalkan dekat korang hari ni. Hihi. Secara rasminya, hari ni aku dah sah sebagai HACKTICK! lover. Apa tu? Haha aku jenamakan nama tu sendiri sesuka hati yang menandakan aku ni sebagai salah seorang yang gilakan muzik yang mereka hasilkan. Haha yeah memang kelakar tapi suka hati aku lah :))




Kenapa hari ni baru aku sah sebagai HACKTICK! lover?


Sebab baru hari ni aku berjaya tengok mereka beraksi dengan gitar secara langsung. Live. Bukan lip-sync ya. haha. Kebetulan pulak diorang buat Busking Session tak jauh dari rumah aku. Dah kawan sendiri takkan tak pergi sokong ye dak? :D




Apa dia? Kawan?


Haa ya! Salah seorang daripada ahli HACKTICK! ni kawan aku. Namanya Hyke. Hoish bukan! Aku bukan buyers atau promote muzik mereka sebab dia kawan aku! Asalnya aku kenal dia melalui muzik dia. Daripada seorang penggemar muzik menjadi seorang kawan. Jadi di sini jelas lah yang aku bukan sokong mereka hanya semata-mata kerana diorang ni kawan aku tapi sebab aku memang suka muzik diorang ;)


Hari ni pertama kali aku jumpa kawan aku tu in person! Yay! Kita orang dua-dua duduk Klang tapi baru sekarang berjaya jumpa face to face. Hahaha.










Ni lah dia.. Hyke! 
 The lead-singer and a great guitar player. 
Dan ohh, suara dia sedap! Tak percaya tanya mama aku ;)




Ini Asyraf! Seorang bassist dan backup vocalist!
Tinggi wo dia ni :D



Ini Zul! 
Si drummer yang boleh buat aku.. terkesima dengan drum beats nya.haha :)



So..Amacam Busking Session tu?

Orait habis! Tapi.. agak malang lah bagi Hyke, suara dia hilang sebab nyanyi hardcore habis dekat previous show dia.  Jadi.. Dekat Busking Session ni suara dia bukan suara normal dia. But I know he did tried his best to sing for us! Wohoo! Would love to go and see them perform again, seriously! And masa tu harap Zul boleh main drum! I'm dying to see him play live. And harap masa tu suara Hyke sudah kembali normal :D

Aku memang syorkan agar pergi lah serang live show mereka! InsyaAllah anda akan rasa entertained!





Jangan lupa pergi lah usha-usha band ni dekat FB page atau pun youtube! Just go and search for Hacktick! :)
Okay, bye. Jaga diri!

P/s: Amacam Form 6? Okaylah jugak. Tapi, tak sabar nak transfer sekolah. Lepas dua minggu baru boleh transfer. Terpaksa lah tahan dengan kemerepekan sekolah tu dulu -__-
Qistina Ariff xx

Wednesday, 4 May 2011

You are the heart-beat of my life.

Assalammualaikum.
Heyya!

4th Of May 2011.


You are the heart beat of my life. 
Without you, my heart just won't function. My body will be just useless. No matter how much I grow, I'll always be your little baby girl.

Happy Birthday Mama.  

I know you've been through a lot. You've been suffering for far too long. I hope you'll be happy soon. I want you to be happy. We want you to be happy. We'll always stand by your side and support you in everything. Don't worry too much about us. It's your time to smile! Allah will help us. InsyaAllah. 

I love you.


Sincerely, your annoying little baby girl.
Norqistina bt Noor Ariff <3


(I wrote this in a card that I made especially for my mama.)





Bila kakak aku nak transfer duit kat akaun Ayam yang jelita ni. Duit dah bagi. Kan bagus kalau aku ada kereta. Boleh aku bank-in sendiri. Hoish. Sabar ya buku Ayam. Akan ku miliki engkau tak lama lagi. Tak lama dah! Okay, bye.
Qistina Ariff xx

Monday, 2 May 2011

Selamat dah inspirasi aku ni :)

Assalammualaikum.
Heyya!


1 MEI 2011 - AHAD !


Inspirasi aku dengan selamatnya telah selamat bertunang dengan sweet heart kesayangannya.
Alhamdulillah!


Royal Wedding? Apa tu? haha aku lagi semangat dan kecoh pasal majlis pertunangan inspirasi aku ni daripada Royal Wedding yang hanya habiskan duit rakyat untuk buat majlis besar-besaran. Tak setuju dengan aku? haha tak apa lah. Yang penting jom kita sama-sama doakan untuk inspirasi aku ni biar dia selamat nikah pula nanti. InsyaAllah!




Ni aku ada curik gambar di sana dan di sinun untuk ditampalkan di dalam blog aku ni!


Dari Gua.com.my :




Baju oleh Hatta Dolmat! So cute :) 




 7 dulang daripada pihak Bob dan 11 dulang daripada pihak Shera :) 


Mak kepada Bob menyarungkan cincin pertunangan di jari bakal menantunya yang gorgeous ! :)




Gambar yang dicuri daripada Bob :






Gambar dicuri daripada sweet heart Beto Kusyairy - Tisha Sahar :


My favourite boys : Bob, Fikree, Beto Kusyairy and Faisal !


Ya Allah! Macam tak percaya inspirasi aku yang sorang ni dah nak tamatkan zaman bujang dia woi! Alhamdulillah! 
Lepas ni kalau aku jumpa dia, dia berdarah manis sebab dah bertunang! 
Lepas tu, lama-lama dia akan beristeri pulak! 
Lepas tu.. dia akan ber-anak pulak! 

Awww comelnyaaaa :') hahaha okay sangat terharu aku ni. Emosi lebih woi  :)) 




Bila tarikh nikahnya?


20 November 2011 / 20.11.2011 ~


Cantik habis tarikh nikah tu woish! ;)


Tahniah ya Bob! Selamat untuk semua tau? Semoga awak sentiasa bahagia dengan bidadari hati awak tu! Saya akan sentiasa doakan awak sampai bila-bila :)


P/s: Bob! Tolong banyakkan lagi mengganas atas pentas teater okay! Terutamanya atas pentas teater yang diarahkan/ditulis oleh Fared Ayam yang jelita ;)




Salah satu cara yang boleh hilangkan sedih di hati adalah merayakan kebahagiaan orang lain yang kita sayang dengan hati yang ikhlas. Okay, bye.
Qistina Ariff xx