Thursday, 11 August 2011

Mahukan itu.

Assalammualaikum.
Selamat sejahtera.




Mahuku berlari ke pantai, tinggalkan rumah sebentar.
Ketika hadirnya serabut di sekelilingku.
Mahuku baringnya sendiri di lantai pasir itu.
Kubisukan mulut, kupejamkan mata serapatnya, mencuba untuk melupakan kesialan.

Diam. Sepi.

Yang kedengaran hanyalah bunyi ombak memukul sesama sendiri.
Yang kedengaran hanyalah bunyi angin menari-nari mengusap mukaku, meniup bajuku.
Yang kedengaran hanyalah bunyi nafasku yang cuba untuk menghirup oksigen.
Untuk terus hidup. Untuk terus wujud.
Mencuba untuk terus terbang lalu terapung-apung di ruang angkasa.
Tanpa ada sebarang graviti mengikatku.

Tenang. Lega.

Aku mahukan itu. Sekarang.
Mahukan waktu sendiri. Tanpa sebarang mata yang melihat dan mengkritik.
Mahukan waktu untuk menikmati pemandangan yang tiada cacat celanya. 
Pemandangan yang dilukis dengan sempurna yang tidak dicemar manusia.
Mahukan itu. Boleh?



P/s: Tidak perlu menggunakan sebarang perosak diri untuk ketenangan.
Hanya perlu menikmati keindahan ciptaan-NYA. SubhanAllah.





Rindukan rumah lamaku di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu, Terengganu. Berjalan kaki sedikit sahaja, mata sudah dihidangkan dengan lautan luas.
Qistina Ariff xx

No comments: