Thursday, 15 March 2012

Berhijrah.

Assalammualaikum.
Selamat sejahtera.


Kalian, sudah lama sangat aku biarkan ruang ini terbiar, kosong tidak terjaga. Jadi izinkan aku untuk menjemput kalian ke ruang baru. Tidak lah baru, tapi baru mahu ditunjukkan sahaja :)


Di situ aku rajin menulis, rajin segala-galanya. Jemput lah melawat jika kalian sudi. Aku biarkan ruang di blogger ini terus berhabuk. Kalau kalian rindu, kalian boleh kembali berkeliaran di sini. Aku tidak mahu mendelete ruangan ini kerana terlalu banyak telah aku luahkan di sini.
Sayang. Tak sampai hati nak padamkan. Memori pahit indah semua ada. Hidup aku yang lalu. Beberapa inspirasi aku pun pernah singgah di sini.


Terima kasih banyak-banyak buat yang dah sudi berkongsi waktu untuk membaca segala apa yang ada di dalam ruangan blogger ini. Aku berhijrah dahulu ya? Tak jauh pun. Berhijrah ke tumblr sahaja :)


http://hushlittlebaby.tumblr.com